gambar hiasan |
Pernah ada satu page di Facebook yang dibuat oleh penganut Kristian yang mendesak seorang ustazah untuk menarik balik kata-katanya dan meminta maaf kepada penganut Kristian berikutan tuduhannya mengenai Hari Kekasih yang disandarkan kepada agama mereka. Saya bersetuju dengan mereka. Yang menakjubkan, umat Islam pulak yang terloncat sampai terlondeh seluar kononnya page itu dibuat untuk memprovokasi agama Islam. Padahal ustazah 'kita' tu yang menfitnah agama orang lain. Seperti biasa, minda masyarakat Melayu. Bila Islam dihina penganut agama lain, laju sahaja seruan jihad kedengaran. Walhal, anak sendiri berzina depan mata, didiamkan. Itulah minda orang Melayu.
Berbalik pada persoalan asal. Sebenarnya maksiat itu di mana-mana dan tak kira masa. Tidak semestinya ada hari-hari tertentu untuk bermaksiat. Sambutan Tahun Baru, Hari Merdeka hatta hari-hari lain juga berpotensi untuk dijadikan hari maksiat. Mungkin Hari Kekasih istimewa sedikit. Hari orang ramai yang tewas dengan nafsu menjadikannya hari yang bebas dosa untuk bermaksiat ataupun hari yang dihalalkan untuk berpegang dan bercumbuan dengan awek atau pakwe. Inilah yang sebenarnya kita perlu terangkan. Terangkan apa itu halal dan haram kerana boleh jadi ada yang jahil. Kalau nak mencegah, cegahlah dengan berhemah dan berilmiah. Bukannya dengan mengkambing-hitamkan agama lain.
Ranting pokok kalau dipotong akan tumbuh balik.Sama juga dengan hal ni. Bila ada Hari Kekasih barulah sibuk-sibuk nak cegah. Langkah pencegahan pulak tak berapa nak efektif sebab kita hanya potong ranting, akarnya masih lagi bertunjang kuat. Nak cegah maksiat, kita tangkap si pembuat maksiat tapi rumah maksiat tak disita atau ditutup. Nak elak kondom bersepah atas jalan raya masa malam tahun baru tapi konsert-konsert bebas pulak untuk berdongdang sayang. Di mana silapnya? Jawab sendiri.
Link berkaitan : Hari Suami Isteri (Ini baru halalan toyyiba) :)
Link berkaitan : Valentines' Day is not Christian
Bye.
1 comments:
jom sama2 kita hapuskan..
caranya bagaimana?
jawablah sendiri.. :D..
Post a Comment