[Pendapat] Muallaf

Salam to all..

Dalam kesibukan kita bermasyarakat, kita sering terlupa dengan golongan muallaf atau saudara baru.. Istilah muallaf merujuk kepada seseorang yang bukan islam memeluk islam.. Namun terdapat berita yang kurang menyenangkan iaitu kes muallaf kembali murtad @ kembali kepada agama lain selain islam setelah memeluk islam.. Persoalannya MENGAPA ia harus terjadi?

Desakan hidup

Hidayah Allah merupakan sesuatu yang amat bernilai. Sekali kita dapat, jangan sesekali kita sian-siakannya.. Kerana apa? Kerana hidayah itulah yang bakal merubah hidup kita secara keseluruhan atau punca kepada perubahan hidup. Namun hakikatnya, mengapa ada antara muallaf yang telah diislamkan kembali murtad?

Rata-rata mereka yang memeluk Islam adalah dari kalangan mereka yang kesempitan hidup. Namun kita jangan alpa dan lupa, bahawa golongan miskin inilah yang menjadi sasaran utama Missionari Kristian untuk menyebarkan dakyah mereka. Dengan peruntukan gereja yang tinggi untuk diberi kepada sasaran missionari, sudah pastinya ianya menggugat keimanan para muallaf yang yang baru sahaja bertunas di hati mereka. Wang beribu-ribu ringgit yang ditabur di depan mata mampu menggugat sesiapa sahaja malahan orang yang asalnya beragama Islam itu sendiri. Lihatlah betapa bijaknya kaum musyrikin mengelabui mata kita. Mereka tahu bahawa wang ringgitlah yang mampu membinasakan iman umat islam khusunya para muallaf yang baru sahaja memeluk islam. Missionari Kristian tidak meminta apa-apa balasasn dunia cuma mereka memerlukan kata-kata seperti:

"Saya kini beragama Kristian"

"Agama Kristian baik, saya nak masuk Kristian"

Dan kata-kata yang seumpamanya.. Aku secara peribadi agak kagum dengan semangat pihak gereja dalam menyebarkan dakyah mereka. Apa yang aku kagum? Aku kagum dengan PERPADUAN mereka. Meskipun ada mereka berlainan mazhab tidak kira sama ada mereka Katholik, Protestan, Saksi Jehova, SDA dan lain-lain namun dalam kapasiti untuk menyebarkan perkembangan agama mereka, semua gereja akan bersatu dalam memberi peruntukan.. Umat Islam macam mana? Masih lagi dengan semangat kau-kau, aku-aku? Tepuk dada tanyalah selera.

Tidak ada pembelaan

Bilamana ada antara bukan Islam memeluk agama Islam, mereka akan dibiarkan sahaja tanpa bimbingan dan pembelaan oleh pihak sewajarnya. Selepas mengucap syahadah, pihak berwajib sekadar lepas tangan. Bimbingan tiada, habuk pun tarak. Dalam hal ini, adalah tidak wajar kita meletakkan beban di atas bahu pohak berwajib sahaja, para muallaf juga harus mencari inisiatif untuk menimba ilmu pengetahuan. Negara kita ada banyak pertubuhan yang bersifat melindungi dan membimbing para muallaf dalam hal-hal agama Islam. Jangan kita kata:

"Alah, aku murtad sebab pihak berwajib tak bimbing aku"

Jawapan ini SALAH! Kita sendiri hendaklah berusaha mencari ilmu pengetahuan dan bimbingan. Analoginya seperti berikut:

Joe gagal dalam semua matapelajaran di sekolah. Apabila ditanya kenapa Joe gagal, alasan yang diberi ialah:

"Alah, cikgu yang bagi aku gagal, aku tak boleh buat apa-apa dah"

Semua pihak harus bertanggungjawab dalam hal ini. Baik pihak berwajib mahupun pihak muallaf. Ilmu itu harus dicari, ianya tidak datang sendiri. Yang berilmu pula hendaklah mengajar mereka yang kurang berilmu.

Perangai Umat Islam Sendiri

Umat Islam zaman sekarang dah lain. Bukan macam dahulu. Zaman sekarang, sebilangan besar umat islam kini Islamnya hanya pada nama tetapi hatinya tidak seindah namanya. Berapa ramai umat Islam masuk kelab malam? Berapa ramai umat Islam menogok arak? Tidakkah mereka tahu bahawa Allah telah mengharamkan arak? Dalam Surah Al-Maidah ayat 90:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya"

Kita nak orang bukan islam masuk islam tapi perangai kita sendiri mengalahkan orang kafir.. So macam mana? Kita umat Islam lah yang kena berubah. Tunjukkan contoh teladan yang baik bukannya tunjuk diri mabuk dengan arak, kaya dengan duit judi yang tak berkat tu, bukannya bangga dengan dirinya hebat sampai tinggal solat.. Tunjukkanlah contoh akhlak muslim yang terbaik.. Bukannya muslim di nama..

Sedikit Nasihat Kepada Muallaf

Alhamdulillah dan tahniah kerana anda telah terpilih untuk mendapat hidayah Allah yang tidak ternilai harganya. Anda telah memenmui mutiara yang berharga dalam hidup anda. Jangan sesekali menjualnya dengan harga yang murah. Kuatkan diri anda dalam menempuh hidup yang mencabar. Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Ini yang paling penting:

"Jangan menilai AGAMA seseorang hanya kerana PENGANUTYA tetapi nilailah AGAMA itu sendiri"

Semoga beroleh syurga hakiki.. Amiin..

P/s: Tulisan diatas merupakan pendapat peribadi.. ^_^

[Buku] Gerakan Freemasonry


Salam to all...

Hari ni kat universiti aku ada gerai buku. Bolehlah dikatakan buku islamik la. Semalam masa aku lepak-lepak kat bilik kawan aku, aku nampak satu buku. Tajuknya "Gerakan Freemasonry". Aku pun apa lagi, terus sambar buku tu dan baca. Oles sebab tu bukan buku aku maka laju gile aku baca. Banyak jugak la muka surat yang aku skip. Aku tanya la kawan aku "eh, buku sape ni?" kawan aku cakap dia pinjam buku tu. Aku tanya balik "boleh aku pinjam, nak fotostat. Best buku ni". Lepas tu kawan aku cakap "Baik kau beli je. Berlambak kat kedai". Aku cakap tak ada masa nak keluar ke bandar.

Ditakdirkan Allah, keesokan harinya lepas kelas, masa on the way nak pergi makan, nampak ada gerai jual buku kat sebelah DS (Dewan Sarjana). Aku dan geng-geng aku usha-usha la buku kat situ. Pastu ternampak satu buku tajuknya "Gerakan Kristianisme dan Orientalisme". Penerbit buku tu sama dengan "Gerakan Freemasonry" yang aku baca semalam.

Aku tanya la penjual tu.. "Bang, buku "Gerakan Freemasonry" ada ke? Penjual tu cakap ada tapi belum susun lagi. Maklumlah gerai tu pun baru je bukak, terus-terus orang serbu. Mana tak terlepas pandang.

Aku suruh penjual tu simpankan buku yang aku nak tu kalau ada, dia cakap ok. Lepas tu aku dan yang lain pergi makan di cafe. Lepas habis makan, usha pulak gerai tadi. Hah! Ada buku tu. Buku "Gerakan Freemasonry" ada atas meja. Aku ambik buku tu tapi tak ada duit. Tak sempat nak pergi ATM. Dengan bantuan seorang kawan, dia pinjamkan dulu duit dia. Aku terus bayar dan blah dari situ.

Begituilah alkisahnya pertemuan aku dengan buku tersebut tanpa diduga.. Alhamdulillah..

************************************************************************************

Buku di atas menceritakan perihal dan bagaimana munculnya gerakan Freemason iaitu sebuah pertubuhan rahsia Yahudi yang berselindung di sebalik pertubuhan kebajikan.. Nampak baik tetapi hakikatnya ia dipenuhi dengan seribu macam agenda tersembunyi yang bertujuan untuk menghancurkan umat Islam.

Pertubuhan ini merupakan pelopor kepada pertubuhan yang bersifat kebangsaan. Malah di dalam buku ini juga menceritakn bagaimana pengaruh Freemason menyusup masuk ke dalam kerajaan Turki Uthmaniah sehingga akhirnya membawa kepada hapusnya sistem khilafah.

Secara jujurnya, aku agak sedih dan sebak apabila membaca kisah bagaimana proses terhapusnya sistem khilafah. Bayangkan satu-satunya kekuatan umat islam waktu itu akhirnya jatuh di tangan sekularisme dibantu oleh Freemason. Memang laknat pertubuhan ni..

Dalam buku ni juga menceritakan pengaruh Freemason tersebar ke Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Singapura malahan Malaysia sendiri.

Nasihat saya, sesiapa yang berminat untuk membaca dan mengenali musuh Islam secara dekat, belilah buku ni.. Wallahualam..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam).”

Antara Realiti Dan ................

Hapuskan demokrasi! Khilafah mesti ditubuhkan! Demokrasi ideologi kufur!

Antara laungan 'mereka' yang seringkali menghiasi laman web Iluvislam yang tersayang. Apakah tindakan susulan selepas melaungkan laungan di atas? Jawapannya tiada.

Berpijaklah di bumi yang nyata. Kita berada di Malaysia, sebuah negara demokrasi berparlimen. 'Mereka' seringkali mendesak supaya demokrasi dihapuskan seolah-olah ianya semudah memetik jari. Mereka hanya tahu menghentam dan mendesak supaya demokrasi dihapuskan tetapi hakikatnya mereka sama sekali tidak mengerti bahawa untuk meminda perlembagaan pun amatlah sukar apatah lagi untuk menukar sistem sedia ada kepada sistem khilafah.


Aku menyokong usaha untuk menubuhkan khilafah tetapi pendekatan yang ditunjukkan oleh sesetengah 'mereka' yang menghentam dan mempersoalkan jemaah Islam yang berjuang di jalan demokrasi lah yang membuatkan aku tidak dapat menerima 'mereka'.

Antara kata-kata yang amat menusuk di hati aku ialah:


"UMNO-sesat, PAS-sesat, PKR-sesat". Siapakah 'mereka' untuk menghukum jemaah lain sesat? Dah cukup ilmukah untuk menuduh jemaah lain sebagai sesat? Adakah 'mereka' sajakah yang betul? Adakah 'mereka' sajalah yang sebenar-benarnya memperjuangkan Islam? Jawapannya TIDAK! Jangan bersikap Houlier Than Thou!

Demokrasi hanyalah alat dan bukannya matlamat. Setiap mukmin sentiasa mengimpikan sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam dengan sepenuhnya. Atas sebab itulah, jemaah Islam lain berusaha untuk mendapatkan majoriti parlimen sebagai persediaan untuk membina negara Islam dalam erti kata yang sebenar.

Bukannya dengan laungan di celah bukit semata-mata. Laung kuat tapi tak ada orang yang dengar. Kenapa tak ada orang yang dengar? Sebab cara yang digunakan tidak betul. Kalau setakat hentam jemaah lain tapi tak sampai kepada pemerintah apa guna? Sampaikanlah kepada pemerintah, launglah sekuat-kuat hati di hadapan pemerintah. Bukannya melaung di celah bukit.

Ingatlah. Untuk mengubah sistem yang ada bukanlah sesuatu yang mudah. Memang mudah untuk berkata-kata, tetapi pelaksanaanny amatlah sukar tetapi tidak mustahil. Banyak benda untuk diteliti antaranya ialah:

* Silibus pengajian undang-undang di universiti tempatan - memerlukan masa dan kos yang tinggi

* Silibus pengajian undang-undang di universiti antarabangsa - silibus yang diajar kebanyakannya berkisarkan demokrasi sebagai sistem yang terkenal dan banyak digunakan oleh negara-negara di dunia.

* Peguam dan Hakim sekarang tidak arif tentang hukum islam - memerlukan masa yang panjang untuk mereka mendapat pemahaman yang jelas tentang hukum islam.

Nasihat aku kepada 'mereka', janganlah sekadar bercakap seolah-olah sistem pemerintahan dapat ditukar dalam masa sehari tanpa memikirkan kesan-kesan yang berkemungkinan akan muncul setelah sistem pemerintahan ditukar.

Bertenang.. Kita lakukan secara berperingkat-peringkat dan bukannya sekali gus ok.

Wassalam.. ^_^


Nota : Tulisan di atas merupakan pandangan peribadi aku

Aku Masih Ada

Assalamualaikum w.b.t to all..

Sudah hampir dua minggu kalau tak silap aku tak update blog ni. Bukannya aku dah lenyap cuma aku kekurangan idea nak tulis apa kat entry aku.

Sevetulnya aku cuma nak bagitau yang aku ni masih lagi aktif ber blogging. Lama tak update tak bermakna aku dah tak aktif. Aku masih lagi layan blog ni cuma tak ada idea nak tulis.

Aku akan usahakan sesuatu untuk update blog ni. Kalau ada cadangan, silalah tulis di chatbox aku..

Sekian, wassalam.. ^_^

Followers

Ruang Komen