[Pendapat] Muallaf

Salam to all..

Dalam kesibukan kita bermasyarakat, kita sering terlupa dengan golongan muallaf atau saudara baru.. Istilah muallaf merujuk kepada seseorang yang bukan islam memeluk islam.. Namun terdapat berita yang kurang menyenangkan iaitu kes muallaf kembali murtad @ kembali kepada agama lain selain islam setelah memeluk islam.. Persoalannya MENGAPA ia harus terjadi?

Desakan hidup

Hidayah Allah merupakan sesuatu yang amat bernilai. Sekali kita dapat, jangan sesekali kita sian-siakannya.. Kerana apa? Kerana hidayah itulah yang bakal merubah hidup kita secara keseluruhan atau punca kepada perubahan hidup. Namun hakikatnya, mengapa ada antara muallaf yang telah diislamkan kembali murtad?

Rata-rata mereka yang memeluk Islam adalah dari kalangan mereka yang kesempitan hidup. Namun kita jangan alpa dan lupa, bahawa golongan miskin inilah yang menjadi sasaran utama Missionari Kristian untuk menyebarkan dakyah mereka. Dengan peruntukan gereja yang tinggi untuk diberi kepada sasaran missionari, sudah pastinya ianya menggugat keimanan para muallaf yang yang baru sahaja bertunas di hati mereka. Wang beribu-ribu ringgit yang ditabur di depan mata mampu menggugat sesiapa sahaja malahan orang yang asalnya beragama Islam itu sendiri. Lihatlah betapa bijaknya kaum musyrikin mengelabui mata kita. Mereka tahu bahawa wang ringgitlah yang mampu membinasakan iman umat islam khusunya para muallaf yang baru sahaja memeluk islam. Missionari Kristian tidak meminta apa-apa balasasn dunia cuma mereka memerlukan kata-kata seperti:

"Saya kini beragama Kristian"

"Agama Kristian baik, saya nak masuk Kristian"

Dan kata-kata yang seumpamanya.. Aku secara peribadi agak kagum dengan semangat pihak gereja dalam menyebarkan dakyah mereka. Apa yang aku kagum? Aku kagum dengan PERPADUAN mereka. Meskipun ada mereka berlainan mazhab tidak kira sama ada mereka Katholik, Protestan, Saksi Jehova, SDA dan lain-lain namun dalam kapasiti untuk menyebarkan perkembangan agama mereka, semua gereja akan bersatu dalam memberi peruntukan.. Umat Islam macam mana? Masih lagi dengan semangat kau-kau, aku-aku? Tepuk dada tanyalah selera.

Tidak ada pembelaan

Bilamana ada antara bukan Islam memeluk agama Islam, mereka akan dibiarkan sahaja tanpa bimbingan dan pembelaan oleh pihak sewajarnya. Selepas mengucap syahadah, pihak berwajib sekadar lepas tangan. Bimbingan tiada, habuk pun tarak. Dalam hal ini, adalah tidak wajar kita meletakkan beban di atas bahu pohak berwajib sahaja, para muallaf juga harus mencari inisiatif untuk menimba ilmu pengetahuan. Negara kita ada banyak pertubuhan yang bersifat melindungi dan membimbing para muallaf dalam hal-hal agama Islam. Jangan kita kata:

"Alah, aku murtad sebab pihak berwajib tak bimbing aku"

Jawapan ini SALAH! Kita sendiri hendaklah berusaha mencari ilmu pengetahuan dan bimbingan. Analoginya seperti berikut:

Joe gagal dalam semua matapelajaran di sekolah. Apabila ditanya kenapa Joe gagal, alasan yang diberi ialah:

"Alah, cikgu yang bagi aku gagal, aku tak boleh buat apa-apa dah"

Semua pihak harus bertanggungjawab dalam hal ini. Baik pihak berwajib mahupun pihak muallaf. Ilmu itu harus dicari, ianya tidak datang sendiri. Yang berilmu pula hendaklah mengajar mereka yang kurang berilmu.

Perangai Umat Islam Sendiri

Umat Islam zaman sekarang dah lain. Bukan macam dahulu. Zaman sekarang, sebilangan besar umat islam kini Islamnya hanya pada nama tetapi hatinya tidak seindah namanya. Berapa ramai umat Islam masuk kelab malam? Berapa ramai umat Islam menogok arak? Tidakkah mereka tahu bahawa Allah telah mengharamkan arak? Dalam Surah Al-Maidah ayat 90:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya"

Kita nak orang bukan islam masuk islam tapi perangai kita sendiri mengalahkan orang kafir.. So macam mana? Kita umat Islam lah yang kena berubah. Tunjukkan contoh teladan yang baik bukannya tunjuk diri mabuk dengan arak, kaya dengan duit judi yang tak berkat tu, bukannya bangga dengan dirinya hebat sampai tinggal solat.. Tunjukkanlah contoh akhlak muslim yang terbaik.. Bukannya muslim di nama..

Sedikit Nasihat Kepada Muallaf

Alhamdulillah dan tahniah kerana anda telah terpilih untuk mendapat hidayah Allah yang tidak ternilai harganya. Anda telah memenmui mutiara yang berharga dalam hidup anda. Jangan sesekali menjualnya dengan harga yang murah. Kuatkan diri anda dalam menempuh hidup yang mencabar. Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Ini yang paling penting:

"Jangan menilai AGAMA seseorang hanya kerana PENGANUTYA tetapi nilailah AGAMA itu sendiri"

Semoga beroleh syurga hakiki.. Amiin..

P/s: Tulisan diatas merupakan pendapat peribadi.. ^_^

3 comments:

Anonymous January 29, 2010 at 11:50 AM  

mashaallah....you r so great to elaborate this issue. well done!!!

Ninja Jepang January 29, 2010 at 3:26 PM  

haha.. nada yang biasa ku dengar.. adakah anda cuba bersikap sarcastic? hehehehe

Seema_Suraya January 30, 2010 at 5:51 AM  

tahniah kpd anda..
good job..^_^

Followers

Ruang Komen