Kenapa Aku Deactivate Akaun Facebook?


Salam to all..

Masuk hari ni dah dekat 3 minggu semenjak aku deactivate akaun facebook aku. Pada mulanya agak sukar juga untuk melawan nafsu yang bergelojak mengajak aku untuk activate balik akaun facebook aku. Namun semua tu aku tolak tepi. Aku setkan minda aku untuk terus melawan nafsu jahanam. Akhirnya aku berjaya. Setakat hari ni, aku merasa tidak ralat apabila tidak membuka facebook. Alhamdulillah..

Ada juga teman-teman sekelas bertanya "Kenapa kau deactivate akaun FB kau?" Baiklah teman-teman, sila baca tulisan ni sampai habis ye. Aku akan luahkan segala macam sebab kenapa aku deactivate akaun FB aku.

Dulu, sebelum aku ketagih (addicted) dengan FB ni, aku rasa tenang je. Pelajaran pun tak terganggu dan yang paling penting, solat aku. Sebelum ni aku tak lambatkan solat tapi lepas FB ni kembali aktif dalam hidup aku, solat aku selalu lambat. Nasib baik aku cepat sedar dan setelah berfikir panjang akhirnya aku membulatkan tekad untuk deactivate akaun FB aku.

Secara umumnya, aku deactivate akaun FB berdasarkan beberapa sebab antaranya ialah:

- Melalaikan (Ini termasuklah solat harian)
- Menganggu pelajaran (Susah aku nak study kalau akaun FB aku tetap berjalan. Kalau nampak laptop je mesti nak online)
- Buang masa (Sekali online berapa jam aku menatap laptop sampai sakit mata aku)

Tiga sebab ni dah cukup untuk aku memikirkan kesan jangka panjang kalau aku berterusan menggunakan FB tanpa sempadan dan tanpa had. Alhamdulillah aku tersedar.

Wahai nafsu,
Aku datang sini untuk belajar! Bukan nak main FB!
Aku datang sini sebab aku nak kejar cita-cita aku nak jadi peguam! Bukan nak jadi hantu FB!
Aku datang sini sebab nak penuhkan impian mak bapak aku! Bukan nak musnahkan impian dorang!
Aku datang sini bukan nak penuhkan masa aku dengan FB! Aku datang sini sebab nak penuhkan masa aku dengan belajar!

Walaubagaimanapun, aku tetap online Iluvislam dan YM. FB tak!! Buat masa ni biarlah aku menyisihkan FB dalam hidup aku sampai lepas final exam. Lepas final exam baru aku activate balik.

Buat masa ni aku nak fokuskan kepada pelajaran aku khususnya MTC012 (Intro to Law 1) yang agak philosophical subjeknya. Tapi takpe, aku akan gandakan usaha aku untuk manntapkan lagi penguasaan dalam subjek ni. InsyaAllah..

Rasanya itu sahaja yang aku nak luahkan.. Semoga bercambah pengetahuan darinya..

Wassalam..

2 comments:

Dr Zaira February 3, 2010 at 12:44 AM  

salam

terbaek post ini.

nak deactivate jugak. tersedar.

Seema_Suraya February 3, 2010 at 7:05 PM  

salam..

best sangat post ni..

sebenarnya ana tersedar jugak..

fb melalaikan ana juga la..

hope kite same2 dpt amik ikhtibar ey..

alhamdulillah tersedar juga ana..

melalui anta..
hihi..

amin.. ^_^

Followers

Ruang Komen