I Love Hussein

Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan ahlul baytnya yang suci serta sahabat yang terpilih.

Bila mana saya membaca kisah cucunda Rasulullah saw, saya merasa satu perasaan yang sayu memenuhi jiwa saya. Satu perasaan yang sedih + sayu + sugul melihatkan betapa Rasulullah saw menyayangi cucunya.

Saya terfikir, adakah saya sudah cukup menyayangi Rasulullah saw? Adakah saya sudah cukup menyayangi cucunda baginda? Adakah saya masih lagi bergelumang dengan musuh-musuh mereka? Ya Allah, betapa hinanya diriku. Aku mengaku aku mencintai ahlul bayt Rasulullah, tetapi di mana buktinya?

Pernah Rasulullah saw bermain kuda-kudaan dengan cucunya yang lain,Hassan dan Hussein. Ketika Rasulullah Saw. sedang merangkak di atas tanah,sementara kedua cucunya berada di punggungnya, Umar datang lalu berkata,“Hai Anak, alangkah indah tungganganmu.” Rasulullah Saw. menjawab,“Alangkah indahnya para penunggangnya!”

Sementara Usamah bin Zaid memberi kesaksian, “(Sewaktu aku masih kecil ) Rasulullah saw pernah mengambil aku untuk didudukkan pada pahanya, sedangkan Hassan didudukkan pada paha beliau yang satunya, kemudian kami berdua didekapnya, seraya berdo’a, “Ya Allah,kasihanilah keduanya, karena aku telah mengasihi keduanya.” (HR. Bukhari).


Pernah baginda solat sambil menggendong Umamah puteri Zainab binti Rasulullah saw dari suaminya yang bernama Abul ‘Ash bin Ar-Rabi’. Pada saat berdiri, beliau menggendongnya dan ketika sujud, beliau meletakkannya. (Muttafaq ‘alaih)



Saya membaca pula kisah Hussein yang menemui syahid di Tanah Karbala selepas dibunuh oleh tentera Yazid. Sungguh hati saya begitu sedih dan marah dengan kekejaman ketumbukan tentera Yazid. Cucunda Rasulullah saw yang disayangi dibunuh dengan kejam beserta kerabatnya yang lain berjumlah 72 orang. Turut terbunuh ialah anak bongsu kepada Hussein iaitu Ali Al-Asghar yang ketika itu berumur 6 bulan. Anak kecil berumur 6 bulan ini terbunuh selepas dipanah di bahagian leher oleh tentera Yazid laknatullah.



Ali Zainal Abidin bagaimana pun terselamat dalam peristiwa Karbala kerana ketika itu beliau sakit dan menjadi penerus kepada risalah kebenaran ahlul bayt. Selepas pembunuhan Hussein, Zainab beserta yang lain di bawa dari Karbala di Iraq ke Damsyik, Syiria dengan berjalan kaki. Sungguh kejam pemerintah Umayyah ini.



Dan tidak saya nafikan bahawa saya menitiskan air mata kesedihan sewaktu entry ini ditulis. Sedih dan marah dengan kejahatan manusia yang telah membunuh kerabat Rasulullah saw.



Kalau saya dituduh sesat hanya kerana saya menangis atas kesyahidan Hussein dan kerabatnya, tidak mengapa. Bukannya kamu yang memberi syafaat kepada saya di akhirat kelak.



Saya mencintai Hussein. Sekurang-kurangnya saya mengasingkan diri saya daripada musuh-musuhnya. Tidak seperti orang lain, yang sekadar melafazkan cinta di bibir tetapi masih lagi berusaha mensucikan musuhnya.



Selawat dan salam cinta dari saya kepada Rasulullah saw, Ali, Fatimah, Hassan dan Hussein serta Ahlul Bayt yang lain.



Dalam Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860:

Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah saw, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin.”


Rasulullah saw juga bersedih atas kematian cucunya. Mengapa begitu sukar untuk kita menangis atas kekejaman yang dilakukan terhadap Hussein? Sungguh keras hati anda.

Satu persoalan yang ingin saya utarakan. Jika kita boleh bergembira menyambut hari kelahiran Rasulullah saw, mengapa tidak kita bersedih atas sedihnya Rasulullah? Seandainya anjing yang menjaga pemuda Ashabul Kahfi masuk syurga, adakah saya yang mencintai Ahlul Bayt Rasulullah saw akan celaka?



0 comments:

Followers

Ruang Komen