ILuvislam: Sekadar Madah Kosong

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Dahulu,

Saya masih ingat tarikh ini. Tarikh keramat bagi diri saya. Tarikh di mana saya mendaftarkan diri saya selaku user laman web www.iluvislam.com. Tarikh di mana saya menjejakkan IP saya ke situ. Tarikh yang memberikan satu anjakan paradigma kepada saya. Itulah dia 23 Mac 2009. Satu tarikh yang bermakna bagi insan biasa seperti saya.

Pertama kali saya menjejakkan diri masuk ke Iluvislam, saya seperti orang bodoh yang tidak tahu apa-apa. Sama sekali saya tidak tahu fungsi butang-butang 'edit' 'quick reply' dan sebagainya. Namun begitu, saya cuba berusaha sendiri daripada menukar avatar hinggalah membuat thread sendiri. Satu perjalanan yang jauh dan penuh erti bagi saya, saya mampu berdiri bersama-sama rakan seangkatan yang lain. Siapa sangka, bermula dari tempat yang asing, akhirnya saya berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran Iluvislam yang indah. Sungguh saya merasakan satu nikmat yang besar kerana dipertemukan dengan laman web yang indah begini.

Dengan menjadikan Spiderman sebagai avatar saya, saya menyelusuri hampir seluruh laman web Iluvislam bermula dari artikel, sehinggalah ke sejarah penubuhannya. Satu demi satu post count saya meningkat, daripada 0 hinggalah beratus-ratus. Sungguh saya tidak menyangka, begitu cepatnya post count saya meningkat tanpa saya sedari.

Meskipun post saya tidaklah seilmiah orang lain, tapi itulah saya. Masuknya saya ke dalam Iluvislam bukanlah untuk menjadi ustaz, juga bukan untuk menjadi ulama, juga bukan untuk menjadi Tuhan yang layak menghukum orang lain. Tetapi, masuknya saya ke dalam Iluvislam hanyalah sebagai insan biasa yang 'bernafsu' untuk berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan dengan insan yang lain.

Waktu itu, saya dapat rasakan Iluvislam hampir mencapai kegemilangannya dengan terbitnya tabloid Iluvislam sehingga muncul di majalah serta televisi. Meskipun saya sekadar user biasa, saya cukup berbangga dengan Iluvislam ketika itu. Saya bangga kerana saya antara penggerak forum Iluvislam sekaligus menjadikan saya sebagai sebahagian daripada tubuh Iluvislam itu sendiri.

Kini,

Iluvislam sudah banyak berubah. Forum yang saya 'bernafsu' untuk masuk kini pudar ditelan zaman. Forum interface berubah 100%. Daripada warna tema yang menarik kini bertukar persis Facebook. Dengan adanya ruangan status yang nampaknya semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan user Iluvislam.

Iluvislam hilang serinya. Mungkin pada orang lain, warna itu tidak penting. Tetapi bagi saya, warna mampu memberikan satu kesan yang besar kepada user. Dan tertariknya saya kepada Iluvislam ialah kerana warnanya di samping keinginan besar untuk berkongsi pendapat.

Kini,
Post count saya terhenti di angka 1099. Saya tidak pasti bilakah masanya saya akan genapkannya menjadi 1100. Mungkin esok, lusa atau tahun depan saya tidak tahu. Juga bukanlah satu kerugian andainya saya tidak masuk ke Iluvislam.

Kini,
Masa saya banyak dihabiskan dengan Facebook. Jika dahulu banyak masa saya bersama Iluvislam, kini tidak lagi. Maafkan saya wahai Iluvislam. >.<

Ini bukanlah satu keluhan juga bukan satu ketidakpuasan hati, sebaliknya ia hanyalah satu sudut pandangan dari perspektif seorang user biasa yang pernah menjadi penggerak Iluvislam. Selepas ni mungkin saya akan ditohmah dengan kata-kata "tahu complained je tapi usaha nak perbaiki tak ada pulak". Tidak mengapa, tohmah lah saya sesuka hati kamu. Saya tahu apa yang saya tulis bukanlah satu rungutan melainkan luahan isi hati yang tidak perlu diambil kira. Abaikan sahaja apa yang saya tulis sekiranya kamu menganggap ianya satu rungutan.

Meskipun Iluvislam semakin maju dan mendapat tempat di kalangan user-user baru, sedikit sebanyak ianya memberikan kesan kepada saya selaku user yang pernah bersama Iluvislam selama lebih setahun. Saya dapat melihat perubahan itu, perubahan yang baik kepada iluvislam. Tahniah saya ucapkan kepada anggota Iluvislam kerana berjaya mengangkat Iluvislam menjadikannya bukan sekadar laman web biasa.......

Seandainya orang bertanya kepada saya "apakah yang kamu nak sebenarnya?"

Saya akan menjawab "kembalikan forum yang dahulu"

Akhir kata,terimalah serangkap lagu (puisi?) untuk Iluvislam dari seorang lagi user:

Dengarlah suara kami,
Rintihan hati ini, ..
Kami user forum-mu,
Suara hari esok,
Nanti...
The End.

Credit to An-Nisa Hohulolu

Sekian, wassalam...

Nota:
1) Abaikan artikel ini seandainya ia satu rungutan
2) Andainya artikel ini satu rungutan, sila abaikan
3) Artikel ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar madah kosong tak bermakna
4) Tohmahlah saya sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan luahan ni



7 comments:

uMmU aThIRaH August 31, 2010 at 2:17 PM  

salam..
saya pown user ILI gak..
dan sy sependapat dgn awk..
dulu tiap2 ari sy masuk laman tu..tp skrg, urmm..:(

syiahtaksesat August 31, 2010 at 6:12 PM  

betul-betul bro, x macam dulu dah, x de ape yang menarik jugak dah pun. Hantarla artikel ni pada iluvislam

naim August 31, 2010 at 6:31 PM  

sokong!!!

jom protes!!

Nik August 31, 2010 at 11:12 PM  

Tiera dan Bro STS:: Teruskan masuk, kutip apa sahaja ilmu yang ada.. :-)

Bro Naim:: Wah, ekstrim.. hehehe.. protes mungkin kurang relevan kot.. entahlah =.=''

naim September 1, 2010 at 9:44 PM  

bro Haris

try email yg sedia ada di iluvislam

^_^

apapun yg terjadi , naim akan support semua user~
kalo bukan hampa semua, iluvislam x sejaya ini~\\

^_^

Nik September 2, 2010 at 12:47 AM  

Syukran jiddan naim.. ^_^

naim April 24, 2011 at 10:51 AM  

Kembali membaca artikel ini

teringat zaman muda2

rindu dekat ATG

rindu!!!!

huhuhu

Followers

Ruang Komen