Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah, telah berlaku 1430 tahun dahulu. Semenjak dari tarikh tersebut, umat Islam telah mengalami pelbagai peristiwa, kisah suka duka, kejayaan dan kegagalan, mehnah dan tabulasi dalam menegakkan dan memertabatkan agama Allah di muka bumi ini.
Sejak kita mengenal dunia, saban tahun kita diingatkan dengan peristiwa Hijrah yang agung ini. Tetapi adakah kita mengingsafi akan falsafah sebenar disebalik tuntutan untuk mengingati peristiwa ini?.
Falsafah hijrah yang telah disemai dan dididik oleh Rasulullah s.a.w ke dalam diri sahabat r.a ini perlu dihayati oleh generasi Islam masa kini. Sekiranya dengan berbekalkan falsafah hijrah, Rasulullah s.a.w berjaya membentuk sebuah masyarakat Islam yang unggul dan menjadi tuan kepada masyarakat-masyarakat yang bukan Islam di sekeliling Madinah, maka mengapa tidak generasi Islam masa kini menjadikannya sebagai neraca untuk membentuk masyarakat yang unggul dan disegani dalam segenap lapangan?
Tidak keterlaluan jika saya mengatakan umat Islam gagal menghayati falsafah hijrah yang diterapkan oleh Rasulullah saaw. Apa yang ada dapat dihayati jika pemimpin Islam yang diharapkan masih lagi bernaung di bawah ketiak Amerika? Sekembalinya kita dari musim haji baru-baru ini, terus kita berdakapan dengan budaya barat. Patutkah?
Perkara yang sama juga berlaku kepada cucunda Nabi Muhammad saaw iaitu Hussein yang berhijrah ke Kufah tetapi akhirnya syahid di medan Karbala dalam keadaan penuh tragis. Namun, berapa ramai yang menghayatinya? Berapa ramai mengetahui Karbala itu di mana? Berapa ramai yang tahu kisah Hussein? Kalau dah Karbala pun tak tahu di mana, menghayatinya jauh sekali.
Penghijrahan Hussein bukanlah satu perkara yang sia-sia tanpa manfaat. Bermulanya penghijrahan beliau kerana enggan berbaiah kepada Yazid Ibn Muawiyah yang terkenal dengan kefasikannya. Demi menyelamatkan Islam, beliau redha kepalanya dipancung. Darah suci beliau dan ahli keluarganya yang dibunuh oleh tentera Yazid bersimbahan di tanah Karbala sebagai saksi kebenarannya di akhirat kelak.
Ia bukannya mengenai Syiah atau Sunni, sebaliknya ia mengenai tanggungjawab kita kepada keluarga Rasulullah saaw. Ianya tidak terbatas kepada Syiah dan Sunni sebaliknya ia significant kepada seluruh umat Islam. Bukankah semua umat Islam mencintai keluarga Rasulullah saaw?
Begini sajalah, kepada mana-mana pihak yang gagal menghayati penghijrahan Rasulullah saaw saya harap belajar-belajarlah untuk sedar dan banyakkan doa untuk mendapat hidayah.
Dan khusus juga kepada pihak yang enggan menghayati penghijrahan Hussein, nasihat saya janganlah memandang rendah dan menghina pihak yang menangisi serta menghayati penghijrahan Hussein. Bukan apa, takut kita pulak yang dihina oleh Allah swt kelak di akhirat. Ada yang nak bersedih kerana syahidnya Hussein? Biarkanlah mereka. Anda tak rugi apa pun.
Kepada yang nak menjadi 'Tuhan' dengan fatwa-fatwa "kamu masuk neraka, aku masuk syurga", saya harap berubahlah. Ambik iktibarlah dengan bermulanya maal hijrah ini.
Di sini saya titipkan sebuah hadis, semoga dapat dicerna dengan baik.
Dalam Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860:
Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah saw, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin.”
Salam Maal Hijrah