Saya Gay, Saya OK

Video 'Saya Gay, Saya Ok' sudah mula tersebar ke Facebook dan Youtube (khususnya). Tak dinafikan video ni agak panas, malah komen-komen juga amat panas sehingga ada yang menghukum 'ni konfem masuk neraka'.


Alangkah mudahnya kita menghukum. Adakah dengan menghukum, kita sudah dijamin syurga? Bak kata seorang sahabat, pendakyahraya nama samarannya "melempar tahi ke muka orang lain tidak akan membuatkan kita masuk ke syurga". Lantas apakah sikap kita terhadap mereka-mereka yang gay ini? Antara sikap kita yang mendapat tempat pertama ialah 'menghukum mereka dengan 'fatwa' kita".

Gay (merujuk kepada homoseksual bukan gembira/ceria) sudah pasti bukanlah satu sikap yang baik malah perlakuan ini bertentangan dengan fitrah manusia. Apa yang menjadi masalah ialah, adakah kerana mereka gay, maka mereka wajar dihukum dengan 'fatwa' kita? Mencaci maki mereka? Adakah mencaci mereka menyebabkan mereka berubah? Adakah dengan 'fatwa' kita, mereka akan berubah menjadi manusia normal? Boleh sesiapa tolong jawabkan untuk saya?

The Legend Mas Afzal

Mas Afzal Masaruddin, a medic student/doctor has passed away. I am not sure when but according to friend of mine he passed away last night.


Truly, this brother inspired me to be stronger to face the challenges in this world no matter how grave it is. Even though I never knew him, for me he is a legend.

Read his story through out his blog.

1) Not the primrose path

2) Accepting the fate (This entry almost make me cry)

3) It's the climb (Youtube video)

4) Joegrimjow 

Salam Maal Hijrah

Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah, telah berlaku 1430 tahun dahulu. Semenjak dari tarikh tersebut, umat Islam telah mengalami pelbagai peristiwa, kisah suka duka, kejayaan dan kegagalan, mehnah dan tabulasi dalam menegakkan dan memertabatkan agama Allah di muka bumi ini.

Sejak kita mengenal dunia, saban tahun kita diingatkan dengan peristiwa Hijrah yang agung ini. Tetapi adakah kita mengingsafi akan falsafah sebenar disebalik tuntutan untuk mengingati peristiwa ini?.

Falsafah hijrah yang telah disemai dan dididik oleh Rasulullah s.a.w ke dalam diri sahabat r.a ini perlu dihayati oleh generasi Islam masa kini. Sekiranya dengan berbekalkan falsafah hijrah, Rasulullah s.a.w berjaya membentuk sebuah masyarakat Islam yang unggul dan menjadi tuan kepada masyarakat-masyarakat yang bukan Islam di sekeliling Madinah, maka mengapa tidak generasi Islam masa kini menjadikannya sebagai neraca untuk membentuk masyarakat yang unggul dan disegani dalam segenap lapangan?

Tidak keterlaluan jika saya mengatakan umat Islam gagal menghayati falsafah hijrah yang diterapkan oleh Rasulullah saaw. Apa yang ada dapat dihayati jika pemimpin Islam yang diharapkan masih lagi bernaung di bawah ketiak Amerika?  Sekembalinya kita dari musim haji baru-baru ini, terus kita berdakapan dengan budaya barat. Patutkah?

Perkara yang sama juga berlaku kepada cucunda Nabi Muhammad saaw iaitu Hussein yang berhijrah ke Kufah tetapi akhirnya syahid di medan Karbala dalam keadaan penuh tragis. Namun, berapa ramai yang menghayatinya? Berapa ramai mengetahui Karbala itu di mana? Berapa ramai yang tahu kisah Hussein? Kalau dah Karbala pun tak tahu di mana, menghayatinya jauh sekali.

Penghijrahan Hussein bukanlah satu perkara yang sia-sia tanpa manfaat. Bermulanya penghijrahan beliau kerana enggan berbaiah kepada Yazid Ibn Muawiyah yang terkenal dengan kefasikannya. Demi menyelamatkan Islam, beliau redha kepalanya dipancung. Darah suci beliau dan ahli keluarganya yang dibunuh oleh tentera Yazid bersimbahan di tanah Karbala sebagai saksi kebenarannya di akhirat kelak.

Ia bukannya mengenai Syiah atau Sunni, sebaliknya ia mengenai tanggungjawab kita kepada keluarga Rasulullah saaw. Ianya tidak terbatas kepada Syiah dan Sunni sebaliknya ia significant kepada seluruh umat Islam. Bukankah semua umat Islam mencintai keluarga Rasulullah saaw?

Begini sajalah, kepada mana-mana pihak yang gagal menghayati penghijrahan Rasulullah saaw saya harap belajar-belajarlah untuk sedar dan banyakkan doa untuk mendapat hidayah.

Dan khusus juga kepada pihak yang enggan menghayati penghijrahan Hussein, nasihat saya janganlah memandang rendah dan menghina pihak yang menangisi serta menghayati penghijrahan Hussein. Bukan apa, takut kita pulak yang dihina oleh Allah swt kelak di akhirat. Ada yang nak bersedih kerana syahidnya Hussein? Biarkanlah mereka. Anda tak rugi apa pun.

Kepada yang nak menjadi 'Tuhan' dengan fatwa-fatwa "kamu masuk neraka, aku masuk syurga", saya harap berubahlah. Ambik iktibarlah dengan bermulanya maal hijrah ini.

Di sini saya titipkan sebuah hadis, semoga dapat dicerna dengan baik.

Dalam Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860:

Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah saw, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin.”

Salam Maal Hijrah

Paru-Paru Tiruan

Paru-paru tiruan ini di reka dan dihasilkan oleh saintis di Universiti Tehran, Iran. Selaku sebuah negara yang sangat strict dengan penguasaan barat, boleh dikatakan Iran ialah sebuah negara Islam yang dibangunkan mengikut acuan sendiri. Tidak mencedok ilmu dari barat seperti mana negara lain.

Persoalan kenapa mereka mampu menjadi begitu maju dapat dijawab dengan betapa rapatnya mereka dengan Islam. Islam sepertimana yang kita tahu bukanlah sekadar ritual agama semata-mata tetapi sebagai cara hidup. Dari sekecil-kecil benda seperti *tali leher sehinggalah ke sebesar-besar benda seperti politik semuanya digarap bersama Islam. Maka tidak hairanlah kalau mereka menjadi sebuah negara maju yang dibangunkan sendiri oleh tangan-tangan Barat Parsi.

Sebagai sebuah negara yang bermazhab Jaafariah iaitu mazhab yang menjadikan 12 orang keluarga Nabi sebagai Imam, dapat saya simpulkan kemajuan yang mereka kecapi bersangkut paut dengan mazhab ini. Masakan tidak, mereka mengambil terus ilmu daripada keluarga Nabi tanpa melalui sumber lain.

Imam pertama mereka iaitu Saidina Ali pula sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAAW sebagai pintu ilmu. Ditambah pula dengan hadis di bawah ini:

Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar satu hadis daripada Ali a.s.. Aku tidak tahu apakah yang sebenarnya. Aku mendengarnya berkata: Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah memberitahu kepadaku pada masa sakitnya dan mengajar kepadaku anak kunci seribu bab ilmu. Dan dibuka setiap bab akan seribu bab yang lain


(Rujukan Sunni:  Al Muttaqi alHindi, Kanz al‘ Ummal, vi, hlm. 154.)

Paru-paru tiruan yang dibangunkan oleh saintis Iran


Canselor Universiti Tehran merasmikan paru-paru tiruan
Jangan pulak lepas ni mereka dituduh sesat kerana cuba menandingi kekuatan Allah swt!

*Pengikut mazhab Jaafariah tidak memakai tali leher kerana marja fekah mereka melarang penggunaan tali leher ala barat kerana melambangkan peradaban barat.

Betul Ke Aku Cinta Dia?

Cinta, cinta, cinta. Perkataan ini saya dah selalu nampak di news feed Facebook. Perkataan "I love u", "Imy" dan sebagainya memang dah tak lekang dari masyarakat kita (baca: Melayu). Orang kita memang hebat, ada yang namanya Karim tetapi perangai bagaikan Brad Pitt hingga ada yang bercium-ciuman di khalayak ramai. "New York" katanya.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya, tidak adakah kepentingan lain yang lebih penting dari cinta? Maksud saya bukannya hendak menghapuskan cinta, tetapi seolah-olah cinta itu merupakan perkara pertama dalam masyarakat kita. Saya faham, cinta itu fitrah. Tetapi apakah cinta itu harus dijulang setingginya mengalahkan cinta kita pada agama?

Hierarki cinta itu hakikatnya mestilah Allah di ranking teratas. Tidak boleh kedua dan ketiga apatah lagi meletakkan Allah di tempat selepas girlfriend/boyfriend. Bagi saya ianya merupakan satu penghinaan kepada Allah swt kerana tidak meletakkan Allah sebagai cinta yang paling agung.

Pernah saya terfikir, bagaimanakah masyarakat kita (termasuk saya) mencintai Allah swt dengan sebenar-benar cinta? Apabila saya melihat orang ramai bersolat jemaah di masjid, berpuasa dan sebagainya, saya terfikir apakah Islam itu hanya sekadar solat, puasa dan lain-lain? Adakah melakukan perkara itu sudah melayakkan kita untuk digelar 'pencinta Allah'? Saya percaya ia sepatutnya lebih dari itu!

Kalau cinta kita kepada manusia hingga sanggup 'mati kerana BF/GF'', kenapa tidak kita melakukan perkara yang sama dalam hal cinta kepada Allah swt? Jika ditanya, berapa ramai yang sanggup untuk turun berjihad ke medan perang, saya percaya ramai yang akan mengangkat tangan. Malangnya kita tak boleh berharap sangat sebab nak menderma RM10 kepada tabung amal pun kita acuh tak acuh nak keluarkan duit dari dompet!

Itulah hakikat yang kita susah nak terima. Umat Melayu dah tenggelam dalam keseronokan dunia palsu ciptaan sendiri. Agama yang dah semakin tenat ditambah pula dengan ulama berhati syaitan yang meniupkan api fitnah terhadap ikhwan Sunni dan ikhwan Syiah pun orang masih jugak tak sedar-sedar. 

Ahmadinejad dan Ismail Haniyeh (HAMAS)

"Dunia ialah penjara orang yang beriman, sabar ialah kubunya dan syurga ialah tempat tinggalnya. Dunia ialah syurga bagi orang kafir, kubur ialah penjaranya dan neraka ialah tempat tinggalnya" 
(Imam Jaafar As-Sadiq)

"Tahniah Ustaz"


"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!" lantang suara ustaz muda berkopiah putih ini melaungkan salam kepada hampir 40 orang jemaah masjid.

"Waalaikumsalam warahmatullah!" balas jemaah dengan suara yang bergema.

"Terima kasih ana ucapkan pada ahli jawatankuasa kampung dan jemaah sekalian kerana sudi jemput ana pada malam ini untuk berkongsi sedikit ilmu dengan antum sekalian. Pertama sekali kita hendaklah bertakwa kepada Allah dan mengikut segala risalah yang Allah turunkan kepada kita menerusi junjungan mulia SAW.

Pada malam ini, ana akan berkongsi sedikit dengan antum semua mengenai keadaan umat Islam sekarang. Sepertimana yang kita tahu, umat Islam walaupun ramai, kita berada dalam keadaan lemah tak bermaya. Umat Islam ditindas di serata dunia. Di Kashmir, umat Islam dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Di Palestin, umat Islam dibunuh tentera jahanam Israel. Di merata tempat, pasti ada umat Islam yang tertindas,"ceramah ustaz muda ini.

Kelihatan jemaah semakin galak mendengar ceramah yang bersemangat ini. Dua tiga orang tua yang tadinya menguap-nguap mula tersentak dengan semangat ustaz muda ini.

"Rasulullah pernah bersabda bahawa pada akhir zaman, umat Islam bagaikan buih di lautan. Jumlahnya banyak tapi tidak berupaya melakukan apa-apa. Kita tidak berupaya bangun menentang musuh. Di Turki, pemerintahnya Abdullah Gul pernah majlisnya di boikot kerana isterinya memakai tudung (SINI)! Di Palestin, Mahmoud Abbas masih lagi ingin menandatangani perjanjian damai dengan Israel meskipun dia mengetahui bahawa Israel hanya mampu ditumbangkan dengan darah! Itu hakikat tuan-tuan sekalian. Itu hakikat. Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa kita umat Islam adalah umat yang lemah!

Sampai bila kita ingin terus bersembunyi di sebalik selimut? Sampai bila kita ingin dihina seperti anjing? Bangkitlah umat Islam, bangkitlah! Lupakah kita pada *Salahuddin Al-Ayubi? Lupakah kita pada **Muhammad AL-Fateh? Lupakah pada sosok tubuh yang pernah menggegarkan dunia ini suatu ketika dahulu?!

Seorang remaja bertanya, "Apa yang kita harus lakukan ustaz?"

"Dalam situasi umat Islam sekarang, kita sebenarnya memerlukan satu anjakan paradigma. Kita perlu mengubah dunia. Jika sekarang Amerika menjadi tuan kita, Insya Allah suatu hari nanti, Amerika menjadi hamba kita pula. Bersatulah kita untuk menghadapi umat Islam. Hiraukan perkara furu', kita wajib bersatu kerana kesatuanlah yang sangat ditakuti oleh musuh-musuh Islam", jawab ustaz tersebut sambil tersenyum.

Seorang anak muda mencelah, "ustaz, saya selalu tengok di TV pasal kemajuan teknologi perang negara Iran. Kenapa kita tak ambik jer teknologi diorang?"

"Mereka (Iran) tu kafir & sesat,"kata ustaz muda itu sambil tersenyum sinis.


*Info Salahuddin @ Saladin : SINI

**Info Muhammad Al-Fateh : SINI

P. Ramlee


Menonton dokumentari P. Ramlee yang diterbitkan oleh Datin Shuhaimi Baba baru-baru ini mampu menitiskan air mata sesiapa sahaja yang menontonnya. Teknik penyampaian yang digarapkan seolah-olah kita dapat merasai setiap detik bersama Allahyarham P. Ramlee.

Bujang Lapok, Do Re Mi, Anak Bapak antara karya agungnya yang sehingga kini masih lagi menjadi minat masyarakat kita. Menonton filem arahannya membuatkan kita ketawa meskipun filem itu ditonton berkali-kali! Itulah kelebihan filem P. Ramlee yang sehingga kini masih lagi tidak ada penggantinya. P. Ramlee adalah P. Ramlee dan hanya ada satu sahaja P. Ramlee dalam dunia ini, tidak dua dan tidak tiga.

Siapa sangka, insan istimewa ini, yang kita melihatnya di televisyen sebagai seorang pelawak rupanya menderita di saat-saat akhir hidupnya. Menurut Datuk Aziz Sattar yang juga sahabat karib P. Ramlee, Allahyarham hanya makan nasi berlaukkan telur goreng pada akhir hayatnya kerana kekurangan wang.

Kemunculan filem hindustan menyebabkan filemnya tidak lagi diminati. Ditambah lagi dengan lagu-lagu Inggeris seperti The Beetles telah menenggelamkan karya-karyanya. Lagu dan filemnya tidak lagi diminati. Pihak syarikat rakaman menghentikan penghasilan filem dan lagu beliau. Tindakan itu membuatkan P. Ramlee tertekan dan stress.

Menurut anaknya, Nasir (meninggal dunia tahun 2008), P. Ramlee pernah berhajat untuk pergi ke Mekah bersama Saloma. Namun, cita-cita itu tidak tercapai berikutan krisis kewangan yang dihadapi. Sungguh banyak dugaan yang P. Ramlee hadapi.Namun, itulah P. Ramlee. Seorang lelaki yang berusaha menyorokkan kesusahan dirinya di hadapan rakan-rakannya.

Menurut kakak iparnya, Mariani, pernah satu ketika seseorang datang kepada P. Ramlee dan meminta wang untuk pulang ke kampung. Lantas

P. Ramlee mengeluarkan kesemua wang yang ada dalam poketnya dan memberikan pada orang tersebut. Tindakan beliau mengejutkan Saloma yang berada di sisinya. Namun P. Ramlee mengatakan "biarlah, itu rezekinya". Sungguh P. Ramlee seorang yang pemurah. Semoga Allah membalas segala kebaikannya.

Jenazah P. Ramlee diangkat

Tanggal 29 Mei 1973 seawal waktu subuh, P. Ramlee menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana serangan jantung. Beliau meninggal dunia dalam usia yang muda semuda 44 tahun.



Nota: Pada tahun 1990, Yang Dipertuan Agung ketika itu telah menganugerahkan gelaran Tan Sri kepada P. Ramlee namun usaha itu terlambat. P. Ramlee sudah pun kembali ke rahmatullah. Andai beliau masih ada, beliaulah antara orang yang paling gembira setelah beliau disisihkan oleh media dan 'mereka2' yang mengaku sebagai 'kawan'.


Saloma pernah berkata "tidak mungkin akan ada seorang suami yang sebaik P. Ramlee"


P. Ramlee pernah berkata "walaupun aku mati nanti, tetapi aku akan hidup 1000 tahun lagi"


P. Ramlee, kau adalah lagenda filem Melayu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.


Al-Fatihah

P/s:: Sesiapa yang nak download dokumentari P. Ramlee, sila tekan SINI




Gambar Lama Palestin (1890-1935)


















Dijumpai di Kedutaan Amerika di Jerusalem

Lauren Booth



“Puan Lauren Booth saudara ipar kepada Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain telah memeluk agama Islam selepas enam minggu melawat makam Fatima al-Masumeh di bandar raya Qom Iran.

Beliau yang juga merupakan rakan kepada Yvone Ridley bekas wartawan yang ditahan kumpulan Taliban, kemudian memeluk Islam enam tahun lalu.

Menurut berita yg dilapurkan oleh Dailymail U/Kingdom semalam 24hb.10 bahawa Lauren Booth memeluk Islam setelah tinggal sementara di Iran.

Katanya beliau sekarang sudah meninggalkan makanan daging babi, alcohol dan semakin selalu bersembahyang di masjid tempatan serta kini sudah memakai tudung kepala setiap kali untuk keluar rumah.

Lauren Booth yg bertugas sebagai penulis dan penyiar ini berada 6 minggu di Bandar Qom Iran, dan selepas kembali ke Britain beliau mengambil keputusan untuk menukarkan agama nya kepada agama Islam.

Sekarang “saya sekarang sudah sembahyang lima waktu dan selalu membaca Al Quran serta kini saya sudah melepasi muka surat 60” katanya. Ceritanya semasa tinggal beberapa bulan di Iran, beliau juga banyak menghabiskan masa di Palestin dan lebih bersimpati dengan nasib yg dialami orang orang disana, “saya banyak menerima ketenangan di sini”.

Lauren mengakhiri perbualan nya, “semoga dengan penghijrahan nya ini akan banyak membantu untuk mempengaruhi abang ipar nya Tony Blair nanti” agar mengalih perhatian nya kepada Islam, tambahnya lagi.


Untuk artikel versi bahasa Inggeris:: klik sini

Gambar:: Makam Fatimah Al-Masumeh di Qom, Iran.

Siapa Fatimah Al-Masoumeh? Klik sini

Kalaulah Mereka Prihatin





Sebagai sebuah negara Islam yang sejati, sudah menjadi adat negara kita untuk menjemput secara besar-besaran pendakwah muzik seperti Maher Zain. Maher Zain pendakwah muda berwarganegara Sweden berketurunan Lubnan ini akhirnya tiba di negara Islam yang kita duduki iaitu Malaysia baru-baru.

Kemunculan Maher Zain ternyata mengundang fenomena besar kepada peminat-peminat tanah air sehingga 'dakwah' Maher Zain di pentas berjaya membuatkan peminat Malaysia terjerit-jerit bagai nak terkoyak peti suara. (Boleh di baca di sini: Apabila Muslimah Terjerit-jerit)

Namun itulah dia, Maher Zain yang dikenali ramai. Pendakwah yang berdakwah melalui muzik ternyata memberi impak yang besar kepada industri muzik Islam. Terima kasih kepada pihak yang meluluskan kedatangannya ke Malaysia.

----------------------------------------




Dunia muzik tanah air sekali lagi gempar dengan kehadiran seorang penyanyi barat Adam Lambert beberapa hari yang lalu. Penyanyi yang terkenal dengan ketidakseimbangan sexual orientation (Baca: Adam Lambert Gay?) ini muncul di Stadium Putra Bukit Jalil.


Meskipun mendapat tentangan daripada pihak yang memperjuangkan Islam, ternyata suara mereka dianggap seperti anjing menyalak bukit. Pihak yang meluluskan kehadiran Adam Lambert ni membutakan mata dan memekakkan telinga dengan tentangan umat Islam di Malaysia.

Kalau lah mereka prihatin, nescaya mereka akan mengambil kira tentangan umat Islam di Malaysia dan menarik balik keizinan untuk Adam Lambert untuk beraksi di pentas.

Malangnya mereka tidak..............

Tolak Konspirasi

Klik gambar untuk besarkan

Tahniah kepada para pengkaji konspirasi kerana telah berjaya mempengaruhi anak-anak muda untuk mengecop sesuka hati seseorang sebagai ahli freemason.

Mereka sibuk-sibuk menuduh orang lain sebagai ahli freemason sedangkan ternyata mereka sendiri sudah masuk ke dalam perangkap freemason.

Kerana itulah saya menolak teori konspirasi.
Kerana teori kekal sebagai teori.


Tragedi 10.10.10







Al-Fatihah kepada semua mangsa dan takziah kepada keluarga mangsa

Iran



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, "Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah saw ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat " ... Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang ..."

Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah saw berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, "Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya." (Sahih Muslim, Kitab al-Fada'il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108).

Apakah bangsa Salman Al- Farisi?

Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38, berfirman, "Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Ketika turun ayat ini, para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang akan menggantikan kami? Baginda menepuk bahu Salman al-Farisi dan bersabda, "Dia dan kaumnya! Dan jika agama berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya yang akan mengambilnya adalah lelaki dari bangsa Farsi." (Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, halaman 182)

Bakar Al-Quran







Ingat lagi tak kisah pembakaran Al-Quran yang di'agung'kan oleh paderi di Amerika hari tu?

Kalau ingat, inilah gambar bantahan yang dilakukan oleh rakyat Iran di Tehran selepas solat Jumaat.

Jangan risau sebab Al-Quran mereka tetap sama dengan yang ada sekarang.

Lihatlah betapa ramainya umat Islam membuat bantahan.

Kalau di Malaysia, agak-agak sampai begini ramaikah?

Muhasabah dirilah...

Blog Akan Berehat

Salam wbt..

Blog ini akan berehat seketika untuk memberi ruang kepada saya untuk pulang ke kampung halaman...

Blog ni tidak akan di update bermula esok sehingga 14 haribulan ini..

Doakan saya selamat tiba ke destinasi..

Wassalam..

Hari Al-Quds (Iran)






Memang malang bagi sesiapa yang tertipu dengan agenda Zionis dan Amerika.

Memang malang bagi sesiapa yang percaya Revolusi Islam Iran itu hanya propaganda.

Sungguh kasihan......

*Sambutan Hari Al Quds di Iran Darussalam

Followers

Ruang Komen