Kes Buang Bayi

Salam to all..

Maafkan saya kerana lama tak update blog memandangkan saya agak sibuk dengan exam. Namun syukur Alhamdulillah exam saya dah habis dan sekarang tengah bercuti selama 2 bulan..

Melihat gambar di atas, pelbagai perasaan timbul di hati. Marah, sedih dan sebagainya membuak-buak melihat gambar bayi yang dibuang malah di gonggong anjing! Alangkah kejamnya manusia akhir zaman. Pandai membuat tetapi tidak pandai menjaga.

Inilah hakikat kehidupan yang harus kita terima sebagai umat akhir zaman. Jika kita mengenang kembali zaman jahiliah, hanya anak perempuan di diskriminasi malah ditanam hidup-hidup demi menjaga maruah. Hakikatnya berbeza sekarang, kita semakin kejam dan zalim! Bukan setakat anak perempuan, lelaki pun dibuang sekali atas kapasiti yang ntah apa-apa tu.

Adilkah jika saya mengatakan bahawa ianya adalah salah kerajaan? Jawapannya tidak. Setiap individu tak kira tua muda kecil dan besar harus berganding bahu bagi mengatasi 'barah' ini. Peningkatan kes buang bayi boleh dianggap sebagai satu fenomena yang berlaku dalam masyarakat beragama Islam kini.

Fenomena yang berlaku kini menyebabkan saya merasa benci dan menyampah kepada adegan 'bercouple' yang kian menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita. Kenapa saya benci 'bercouple'? Sebab dari 'couple' lah anak-anak luar nikah ini terbentuk.

Pengajaran yang kita dapat ambil dari fenomena ini antaranya ialah jangan ber'couple'. Lelaki hanya menjadikan perempuan sebagai mainan. Kalau mengandung, lelaki entah ke mana, tinggallah si perempuan terkontang-kanting.

Kepada para muslimah, elakkanlah dari ber'couple' kerana ia bukan sahaja menjatuhkan maruah anda sebagai muslimah malah lebih dari itu. Silap-silap maruah anda akan terus terbuang begitu sahaja.

Menjawab sesetengah pihak yang menyalahkan sistem kerajaan, ini jawapan saya:

Jangan salahkan kerajaan kalau diri sendiri nak masuk neraka. Jangan kerana sesuatu masalah, seluruh sistem disalahkan. Kalau sistem yang anda inginkan sekalipun, jika masalah ini berlaku, adilkah jika saya salahkan sistem tersebut? Tepuk dada tanya iman.

Wassalam..



Bolehkah Menyelamat Pesalah Dengan Hujah?

Dipetik dari zaharuddin.net

Baru-baru ini saya menerima sebuah soalan berkaitan kerjaya peguam. Ringkasan soalannya menyebut :

Saya seorang pelajar undang sivil dan syariah uia. Baru-baru ni saya ikuti satu talk mengenai ' "can a muslim lawyer defend a guilty person" dan saya begitu terperanjat penceramah mengatakan bahawa muslim boleh membela semua jenis client yang datang kepada mereka, walaupun mereka mengaku diatas kesalahan mereka, di antara hujahnya:

1) kerana tiada istilah bersalah terhadap seseorang selagi mana dia tidak disabitkan bersalah oleh hakim.

2) si peguam hanya mendengar pengakuan daripada satu pihak sahaja (client) bukan dari kedua-kedua belah pihak.

3) kita tetap tidak akan disoal di akhirat kerana kita menjalankan tugas kita, iaitu menegakkan kebenaran (terhadap klien)

Adakah betul kita boleh membela semua klien yang datang kepada kita walaupun dia membunuh, atau merogol atau sebagainya, terutamanya bagi mereka yang mengaku (kerana penceramah tetap menghalalkannya atas dasar setiap insan ada defence, hujah diatas perbuatan). Jika itu tugasan yang dilakukan, bagaimana pula pendapatannya?.

Bagi saya soalan ini adalah amat baik dan realistik. Menarik untuk dikaji dan dihurai lebih mendalam. Cuma di ruangan ini saya hanya mampu memberikan pandangan ringkas.

Memang benar, ada jenis kesalahan yang perlukan lebih dari pengakuan seseorang, sebagai contoh Nabi s.a.w menolak pengakuan Maiz bin Malik yang mengaku berzina sehingga pengakuan dibuat sebanyak empat kali, barulah baginda memutuskan hukuman ke atasnya.

Begitulah, mungkin benar, pengakuan seseorang masih belum mencukupi untuk kita menyakini dia bersalah dan tidak layak dibantu. Memang benar juga, selepas segala pengakuan beserta bukti-bukti yang terpampang di hadapan kita, semuanya akan menjadi saksi. Di ketika itu seorang peguam mungkin masih boleh membantu dengan mempertahannya di mahkamah selaku klien. Itu benar dan sememangnya tugas menjatuhkan hukuman akan tertanggung di atas bahu hakim.

Namun begitu, di dalam Islam peguam tersebut tidak boleh sama sekali terlibat dalam menyembunyi beberapa fakta dan bukti yang telah kita perolehi ketika bersama klien kita. Fakta dan bukti ini sebahagiannya jika diperolehi oleh pihak pendakwa bakal membawa kepada sabit kesalahan ke atas klien kita.

Jika ia disembunyikan, ia jelas termasuk di dalam perkara yang haram. Manakala pendapatan hasil pembelaan tersebut juga menjadi haram disebabkan ia termasuk di dalam bantu membantu dalam perkara dosa, maksiat dan permusuhan serta mengagalkan keadilan dari ditemui dan ditegakkan. Sebagaimana Allah mengharamkan seorang saksi enggan menjadi saksi dalam pembelaan keadilan.

وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا

Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Maka tatkala peguam bela tersebut menjadi saksi kepada pengakuan kliennya walau di luar mahkamah, peguam tersebut sepatutnya menjadi saksi bagi menegakkan keadilan dalam kes terbabit.

Memang benar, keputusan akan dibuat oleh hakim, tapi cuba peguam bela memaklumkan dengan jelas dan terang kepada hakim dan mahkamah, bagaimana pengakuan kliennya di sebalik tabir beserta bukti-bukti yang mungkin peguam tersebut sendiri jumpai. Tatkala itu, seorang peguam yang bertanggungjawab akan sendiri faham dan mengetahui apakah hukuman yang bakal dijatuhkan oleh hakim.

Namun malangnya, selaku PEGUAM BELA yang mewakili pelanggannya, penyembunyian fakta dan data kerap berlaku, ia dibuat bagi mengelakkan pelanggannya didapati bersalah. Jika itu berlaku, jelaslah tugas dan gajinya dalam kes terbabit akan sama ada jatuh syubhat atau lebih jelas lagi menjadi haram.

Bukankah Nabi pernah menjelaskan, sekiranya seseorang peguam itu bijak berbicara sedangkan ia mengetahui kliennya bersalah tetapi tetap menjalankan ‘tugasnya' membela dengan segala jenis kepintarannnya berhujjah, sehingga akhirnya hakim menyakini kepetahan hujjahnya sehingga menjatuhkan hukuman yang salah, apakah yang akan menimpanya ? Bacalah erti hadis di bawah:-

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Amat jelas dari hadis ini, tindakan seorang peguam berhujjah membantu si pesalah adalah salah di sisi Islam dan dikira melayakkan dirinya untuk dibakar oleh sepotong api neraka. Jika itu keadaanya, nescaya pendapatan darinya juga pasti haram.

Walaupun hadis kelihatan menyebut perihal mereka yang terlibat di hadapan hakim sahaja (dalam konteks moden iaitu peguam), namun hadis ini membawakan satu prinsip yang jelas buat semua umat Islam, iaitu kita tidak sama sekali boleh menyebelahi mereka yang salah walau atas nama profesion, kaum, satu parti, keluarga dan sebagainya.

Firman Allah :

يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( Al-Maidah : 8).

Rasulullah menegaskan prinsip keadilan tanpa mengira bangsa, kaum dan keluarga apabila baginda menyebutkan dalam sebuah hadis yang cukup popular iaitu :-

إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدّ. وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا

Ertinya : Sesungguhnya kaum sebelum kamu menjadi hancur disebabkan apabila mereka yang berkedudukan mencuri, mereka melepaskannya, tetapi jika orang biasa (lemah kedudukan) mencuri dijatuhkan hukuman ke atasnya, Demi Allah (dalam Islam), sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya akan ku potong tangannya ( jatuh hukum sebagaimana yang lain). ( Riwayat Al-Bukhari.

Kesimpulannya, saya TIDAK BERSETUJU dengan jawapan penceramah peguam seperti yang ditanyakan di atas.

Sekian

Rakyat Tak Pakai Tudung, Salahkan Pemimpin?

Salam to all..

Pernah saya masuk ke sebuah thread mengenai cara untuk menasihati perempuan freehair untuk pakai tudung. Namun agak menyedihkan apabila ada user yang membuta tuli menyalahkan pemimpin negara jika rakyat tak pakai seolah-olah isu pemakaian tudung tersebut adalah di atas bahu pemerintah 100%. Inilah gaya pemikiran yang tidak boleh saya terima.

Pemerintah

Memang tidak dinafikan jika pemerintah itu seorang yang baik, maka rakyatnya juga akan mengikut jejak langkah pemerintah tersebut. Tetapi permasalahannya ialah sekarang ni pemerintah tak pakai tudung, wajarkah kita salahkan mereka dan tuduh mereka sebagai penyebab rakyat tidak memakai tudung? Pada saya, ianya adalah tidak wajar sama sekali! Siapakah pemerintah yang dimaksudkan? Adakah isteri Head of State atau pun isteri Head of Government? Head of State merujuk kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan Head of Government merujuk kepada Perdana Menteri (PM).

Kalau nak tuduh isteri 'pemerintah', ianya adalah bersifat umum. Boleh jadi ianya isteri YDPA dan boleh jadi juga isteri PM. Jadi saya hanya anggap ianya merujuk kepada isteri YDPA kerana kedudukan YDPA lebih tinggi dari PM walaupun hakikatnya YDPA menerima nasihat daripada PM. Hanya sesetengah perkara sahaja yang membolehkan YDPA membuat keputusan atas budi bicaranya sendiri.

Berbalik kepada persoalan tudung. Kalau isteri YDPA yang dimaksudkan, maka tidak ada sebarang masalah lagi kerana isteri YDPA sudah pun memakai tudung. Jadi, kenapa rakyat tidak memakai tudung? Adakah isteri YDPA mesti disalahkan kerana rakyat tidak memakai tudung? Cukuplah contoh isteri YDPA. Tak payahlah nak cakap pasal isteri PM pulak kerana hujah saya tetap sama.

Individu

Sebab itu saya kata, untuk menyalahkan pemimpin secara mutlak adalah tidak relevan. Semuanya atas individual conscience. Kesedaran diri sendiri. Tak payahlah nak salahkan orang lain kalau diri sendiri tidak bertudung. Dah besar panjang, pandai ABC takkan benda basic pun nak kena ikut orang. Habis tu kalau nak tunggu pemerintah pakai tudung, sampai bila korang nak tunggu?

Kalau semua benda nak salahkan pemimpin, senanglah kerja kita. Kalau nanti di akhirat Allah tanya:

"Kenapa kamu tak pakai tudung?"

Kita kata "Sebab pemerintah tak pakai tudung"

Logik ke korang nak jawab macam tu? Kalau pemerintah nasihat rakyat supaya pakai tudung, pakai je la walaupun hakikatnya pemerintah tak pakai tudung. Dengar APA yang dikata, bukannya dengar SIAPA yang berkata. Di samping itu, banyakkanlah berdoa supaya pemerintah insaf dan kembali kepada Islam yang sebenar. Bukannya salahkan mereka 100%.

Memang janggal kalau orang minum arak nasihatkan kita supaya jangan minum arak (contoh), tapi adakah nasihat tersebut membawa kita kepada sesuatu yang buruk? Tidak!

Jadi harapan saya agar mereka yang berminda seperti ini, berubahlah. Tak payah nak salahkan orang lain kalau sendiri buat silap. Cuba tengok diri balik dan muhasabah.

Sekian wassalam..

Terima Kasih Sahabat

Salam to all..

Buat ke sekian kalinya air mata mengiringi saat artikel ini ditulis. Air mata yang gugur menandakan ana sangat merindui satu-satunya sahabat perempuan yang ana ada yakni sahabat terbaik yang pernah muncul dalam hidup ana. Sahabat yang banyak mengubah hidup ana dengan nasihat dan bimbingan yang sangat-sangat membina. Syukran jazilan Izz. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas segala jasamu.

Entah mengapa, hati ini terasa sangat sayu mengenangkan Izz. Izz adalah sahabat sejati ana yang menegur bila ana khilaf, yang menyokong bila ana di pihak yang benar. Inilah salah satu sebab mengapa ana sangat-sangat menghargainya. Ya Allah, ana bersyukur kepadaMu kerana telah mempertemukan ana dengannya. Ternyata pertemuan dan perkenalanku dengan Izz bukannya membuahkan buah yang rosak tetapi membuahkan hasil yang cantik dan lumayan.

Izz, anti memang seorang sahabat yang benar-benar baik. Beruntunglah kepada orang yang mengenalimu. Peribadi dan akhlakmu bergerak seiring dengan anjuran Islam yang suci. Alangkah bersyukurnya ana andai akhlak dan peribadimu ada dalam diriku. Tapi ternyata tidak. Anti adalah anti dan ana adalah ana. Anti dan ana merupakan dua entiti yang berbeza dari segi peribadi dan moral.

Jiwa mujahid yang ada dalam dirimu benar-benar mengagumkanku. Kecekalan, ketabahan dan kekuatan yang ada dalam dirimu tidak mungkin dapat ana tandingi.

Ana tidak cekal.
Ana tidak tabah.
Ana tidak sekuat anti.

Siapa ana? Ana adalah insan yang gagal. Gagal dalam memegang prinsip. Sedangkan anti? Anti adalah insan yang kuat berpegang pada prinsip dan ana sangat bersyukur kerana anti tidak gagal. Jangan jadi macam ana ya Izz. Jangan jadi macam ana..

Ana tidak mampu berbuat apa-apa untukmu Izz. Yang mampu ana lakukan hanyalah memberi kata-kata perangsang dan doa yang dititipkan untukmu semoga anti berjaya fiddunya wal akhirah.

Izz, kalau ada apa-apa masalah, bagitau la ana ya. ana akan cuba bantu apa yang mampu. Kalau ada orang buli, bagitau la ana.. Biar ana uruskan.. hehehe..

Em.. Maaflah ana emo pulak malam ni. Kalau ana bagitau anti yang ana sedih, mesti anti suruh senyum kan.. Ok la ana senyum ^.^ hehe

Terima kasih Izz sebab sudi terima ana sebagai sahabat.
Terima kasih Izz sebab baik sangat dengan ana.
Terima kasih Izz sebab banyak bagi nasihat.
Terima kasih Izz sebab banyak tolong ana.

Hanya kepada Allah lah ana memanjatkan kesyukuran kerana Dia telah memberi ana hidayah dan petunjuk untuk kembali ke jalan yang benar. Bertitik tolak dari pertemuan ana dengan anti, akhirnya hati ana terbuka untuk menerima nur Illahi.. Terima kasih ya Allah.. Terima kasih Izz..

Semoga Allah memberkatimu selama hidupmu dan merahmatimu di akhirat kelak.. Amiin.. ^.^-

Wassalam..

Perginya Sebutir Mutiara

Salam to all..

Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan ulama. Apabila tiada la ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya" (riwayat Al-Tirmizi)

Hari ini kita dunia Islam dikejutkan lagi dengan pemergian seorang ulama terkenal yang juga syeikh Al-Azhar iaitu Syeikh Tantawi (gambar). Allahyarham dilaporkan Al-Jazeera meninggal dunia kerana diserang sakit jantung semasa lawatan ke Riyadh, Arab Saudi.

Allahyarham merupakan ulama yang disegani sama ada di dunia Islam mahupun dunia barat. Beliau banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam melalui penulisan buku-buku agama termasuk 15 jilid tafsir Al-Quran.

Apakan daya, Allah lebih menyayanginya. Beliau kembali ke rahmatullah pada usia 82 tahun dan dilaporkan aka dikebumika di Tanah Perkuburan Baqi', Madinah tanah suci kedua umat Islam.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah

Thanks To Allah And FB

Salam to all..

Setelah hampir sebulan aku deactivate Facebook (FB) akhirnya aku tak dapat lagi menahan gelojak nafsuku untuk mengaktifkan balik FB aku bila melihat gambar-gambar yang di upload oleh kawan sekelasku.

Rupa-rupanya ada hikmah mengapa Allah membuka kembali pintu hati aku untuk kembali ke dunia FB. Setelah 9 tahun berpisah dengan rakan sekolahku di Ipoh, akhirnya Allah mempertemukan aku dengan mereka. Alhamdulillahi rabbil alamin..

FB sudah dijadikan medium untuk aku kembali merapatkan kembali ukhuwwah yang sudah terputus sejak sekian lama. Begitu banyak perubahan berlaku kepada mereka dan tidak kurang juga yang tiada perubahan langsung. Apa pun aku dah jumpa mereka dan aku sangat bersyukur kerana tidak sangka rupanya di FB juga aku bertemu..

Sekadar selingan:

Hebat jugak ciptaan yahudi ni. Boleh mempermudahkan hubungan. Buktinya aku sendiri dah rasai. Tak payah boikot FB, sebab tidak ada sebarang bukti yang jelas bahawa FB memberikan dana kepada Zionis..

Anak Kecil Dan Seketul Batu

Seorang Eksekutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Dia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil dia memandu perlahan-lahan, dia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil itu tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah nak kecil tersebut, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? Awak buat apa disini ? Ni kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Eksekutif tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya minta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , dia merayu . Saya baling batu sebab tak ada orang yang berhenti bila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.

"Itu abang saya , dia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik tolong saya , dia cedera dan terlalu berat untuk saya."

Dengan rasa terharu, Eksekutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

"Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat."

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Eksekutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Eksekutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta WAJA yang kemek tetapi dia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian...

Sekian..

Followers

Ruang Komen