Rakyat Tak Pakai Tudung, Salahkan Pemimpin?

Salam to all..

Pernah saya masuk ke sebuah thread mengenai cara untuk menasihati perempuan freehair untuk pakai tudung. Namun agak menyedihkan apabila ada user yang membuta tuli menyalahkan pemimpin negara jika rakyat tak pakai seolah-olah isu pemakaian tudung tersebut adalah di atas bahu pemerintah 100%. Inilah gaya pemikiran yang tidak boleh saya terima.

Pemerintah

Memang tidak dinafikan jika pemerintah itu seorang yang baik, maka rakyatnya juga akan mengikut jejak langkah pemerintah tersebut. Tetapi permasalahannya ialah sekarang ni pemerintah tak pakai tudung, wajarkah kita salahkan mereka dan tuduh mereka sebagai penyebab rakyat tidak memakai tudung? Pada saya, ianya adalah tidak wajar sama sekali! Siapakah pemerintah yang dimaksudkan? Adakah isteri Head of State atau pun isteri Head of Government? Head of State merujuk kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan Head of Government merujuk kepada Perdana Menteri (PM).

Kalau nak tuduh isteri 'pemerintah', ianya adalah bersifat umum. Boleh jadi ianya isteri YDPA dan boleh jadi juga isteri PM. Jadi saya hanya anggap ianya merujuk kepada isteri YDPA kerana kedudukan YDPA lebih tinggi dari PM walaupun hakikatnya YDPA menerima nasihat daripada PM. Hanya sesetengah perkara sahaja yang membolehkan YDPA membuat keputusan atas budi bicaranya sendiri.

Berbalik kepada persoalan tudung. Kalau isteri YDPA yang dimaksudkan, maka tidak ada sebarang masalah lagi kerana isteri YDPA sudah pun memakai tudung. Jadi, kenapa rakyat tidak memakai tudung? Adakah isteri YDPA mesti disalahkan kerana rakyat tidak memakai tudung? Cukuplah contoh isteri YDPA. Tak payahlah nak cakap pasal isteri PM pulak kerana hujah saya tetap sama.

Individu

Sebab itu saya kata, untuk menyalahkan pemimpin secara mutlak adalah tidak relevan. Semuanya atas individual conscience. Kesedaran diri sendiri. Tak payahlah nak salahkan orang lain kalau diri sendiri tidak bertudung. Dah besar panjang, pandai ABC takkan benda basic pun nak kena ikut orang. Habis tu kalau nak tunggu pemerintah pakai tudung, sampai bila korang nak tunggu?

Kalau semua benda nak salahkan pemimpin, senanglah kerja kita. Kalau nanti di akhirat Allah tanya:

"Kenapa kamu tak pakai tudung?"

Kita kata "Sebab pemerintah tak pakai tudung"

Logik ke korang nak jawab macam tu? Kalau pemerintah nasihat rakyat supaya pakai tudung, pakai je la walaupun hakikatnya pemerintah tak pakai tudung. Dengar APA yang dikata, bukannya dengar SIAPA yang berkata. Di samping itu, banyakkanlah berdoa supaya pemerintah insaf dan kembali kepada Islam yang sebenar. Bukannya salahkan mereka 100%.

Memang janggal kalau orang minum arak nasihatkan kita supaya jangan minum arak (contoh), tapi adakah nasihat tersebut membawa kita kepada sesuatu yang buruk? Tidak!

Jadi harapan saya agar mereka yang berminda seperti ini, berubahlah. Tak payah nak salahkan orang lain kalau sendiri buat silap. Cuba tengok diri balik dan muhasabah.

Sekian wassalam..

2 comments:

Seema_Suraya March 14, 2010 at 10:35 AM  

salam..
artikel yg bagus..
pernah dahulu roomate sy xpakai tudung..
sy dan yg lain2 gunakan kaedah yg paling halus..
slow2 nasihatkannya..
xberjaye jugak..
kami hnya mmpu berdoa je..
hope 1 ari nanti dia akn bertudung..
insyaALLAH..AMIN

Ninja Jepang March 15, 2010 at 4:44 AM  

insya allah..

Followers

Ruang Komen