Salam to all..
Maafkan saya kerana lama tak update blog memandangkan saya agak sibuk dengan exam. Namun syukur Alhamdulillah exam saya dah habis dan sekarang tengah bercuti selama 2 bulan..
Melihat gambar di atas, pelbagai perasaan timbul di hati. Marah, sedih dan sebagainya membuak-buak melihat gambar bayi yang dibuang malah di gonggong anjing! Alangkah kejamnya manusia akhir zaman. Pandai membuat tetapi tidak pandai menjaga.
Inilah hakikat kehidupan yang harus kita terima sebagai umat akhir zaman. Jika kita mengenang kembali zaman jahiliah, hanya anak perempuan di diskriminasi malah ditanam hidup-hidup demi menjaga maruah. Hakikatnya berbeza sekarang, kita semakin kejam dan zalim! Bukan setakat anak perempuan, lelaki pun dibuang sekali atas kapasiti yang ntah apa-apa tu.
Adilkah jika saya mengatakan bahawa ianya adalah salah kerajaan? Jawapannya tidak. Setiap individu tak kira tua muda kecil dan besar harus berganding bahu bagi mengatasi 'barah' ini. Peningkatan kes buang bayi boleh dianggap sebagai satu fenomena yang berlaku dalam masyarakat beragama Islam kini.
Fenomena yang berlaku kini menyebabkan saya merasa benci dan menyampah kepada adegan 'bercouple' yang kian menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita. Kenapa saya benci 'bercouple'? Sebab dari 'couple' lah anak-anak luar nikah ini terbentuk.
Pengajaran yang kita dapat ambil dari fenomena ini antaranya ialah jangan ber'couple'. Lelaki hanya menjadikan perempuan sebagai mainan. Kalau mengandung, lelaki entah ke mana, tinggallah si perempuan terkontang-kanting.
Kepada para muslimah, elakkanlah dari ber'couple' kerana ia bukan sahaja menjatuhkan maruah anda sebagai muslimah malah lebih dari itu. Silap-silap maruah anda akan terus terbuang begitu sahaja.
Menjawab sesetengah pihak yang menyalahkan sistem kerajaan, ini jawapan saya:
Jangan salahkan kerajaan kalau diri sendiri nak masuk neraka. Jangan kerana sesuatu masalah, seluruh sistem disalahkan. Kalau sistem yang anda inginkan sekalipun, jika masalah ini berlaku, adilkah jika saya salahkan sistem tersebut? Tepuk dada tanya iman.
Wassalam..
Kes Buang Bayi
Posted by
Ninja Jepang
Monday, March 29, 2010
Labels: Pandangan
2 comments:
Namun, kerajaan juga harus dipersalahkan kerana tidak menegakkan hukum Islam di Malaysia. Saya percaya, dengan mempraktikkan hukum Islam kes-kes sosial seperti ini tidak akan berlaku atau mungkin akan berkurangan.
Apabila jauh dari Islam, apa lagi yang boleh kita harapkan selain daripada azab yang akan menimpa kita di kemudian hari?
tidak dinafikan memang pemerintah juga bersalah dalam hal ni. Namun untuk menyalahkan 100% ke atas kerajaan juga tidak relevan.
Apa yg saya tekankan bukanlah KERAJAAN tetapi SISTEM. Cuba baca perenggan last dlm entry di atas..
wallahualam
Post a Comment