Thanks To Allah And FB

Salam to all..

Setelah hampir sebulan aku deactivate Facebook (FB) akhirnya aku tak dapat lagi menahan gelojak nafsuku untuk mengaktifkan balik FB aku bila melihat gambar-gambar yang di upload oleh kawan sekelasku.

Rupa-rupanya ada hikmah mengapa Allah membuka kembali pintu hati aku untuk kembali ke dunia FB. Setelah 9 tahun berpisah dengan rakan sekolahku di Ipoh, akhirnya Allah mempertemukan aku dengan mereka. Alhamdulillahi rabbil alamin..

FB sudah dijadikan medium untuk aku kembali merapatkan kembali ukhuwwah yang sudah terputus sejak sekian lama. Begitu banyak perubahan berlaku kepada mereka dan tidak kurang juga yang tiada perubahan langsung. Apa pun aku dah jumpa mereka dan aku sangat bersyukur kerana tidak sangka rupanya di FB juga aku bertemu..

Sekadar selingan:

Hebat jugak ciptaan yahudi ni. Boleh mempermudahkan hubungan. Buktinya aku sendiri dah rasai. Tak payah boikot FB, sebab tidak ada sebarang bukti yang jelas bahawa FB memberikan dana kepada Zionis..

1 comments:

Seema_Suraya March 3, 2010 at 6:44 PM  

tahniah kepada saudara..

alhamdulillah sya juga telah dapat bertemu semula dgn kwn2 serta guru2 sya ketika di bangku sekolah dahulu melalui fb..

Followers

Ruang Komen