Seorang Eksekutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Dia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil dia memandu perlahan-lahan, dia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil itu tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah nak kecil tersebut, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :
"Apa ni ? Siapa awak ? Awak buat apa disini ? Ni kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Eksekutif tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;
" Saya minta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , dia merayu . Saya baling batu sebab tak ada orang yang berhenti bila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.
"Itu abang saya , dia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik tolong saya , dia cedera dan terlalu berat untuk saya."
Dengan rasa terharu, Eksekutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
"Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat."
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Eksekutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Eksekutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta WAJA yang kemek tetapi dia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian...
Sekian..
Anak Kecil Dan Seketul Batu
Posted by
Ninja Jepang
Monday, March 1, 2010
Labels: Motivasi
5 comments:
sayu hati baca cerpen pendek kamu ni... lagi terharu sebab teringat kes2 sekarang ni...(T_T)
manusia, dah terantuk baru nak tergadah...tapi biarlah kita terantuk pada masa kita boleh ubati lagi sakitnya terantuk..bukannya pada masa ubat sudah tak berguna lagi...p
p/s:once again...menyebuk di page kamooo
~~Nur Petunjuk~~
Sememangnya itulah sifat manusia.. Kalau ubat dah tak bguna, baik mati je..
p/s: memang blog ni specially designed for u tuk mencapub.. hehe
salam..
nice short story..
makaseh bagi peringatan dan pengajaran..
salam..
sesame..
alhmdulillah, m'bri ksn gak,tq^^
Post a Comment