20 September 2009- Satu tarikh yang amat bermakna kepada umat islam khususnya di Malaysia.. Tarikh dimana berakhirnya Ramadhan dan hari Raya Aidilfitri..
Hari raya tahun ini banyak meninggalkan pengalaman bermakna pada diriku.. Raya tahun ini menyaksikan kemeriahan dan keindahan yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah hidup aku..
Raya tahun ini merupakan raya pertana sejak 8 tahun yang lalu, semua 9 keluarga berkumpul di rumah datukku di Guchil, Kuala Krai Kelantan..
Raya ini merupakan raya yang paling meriah yang paling best yang pernah aku rasai sepeninggalan aku ke Sabah 8 tahun dahulu..
Pelbagai peristiwa suka dan duka menyelubungi raya tahun ini namun bagi aku, semua itu merupakan pengalaman baru yang mengajar aku untuk menjadi lebih matang..
Sekembalinya aku dari Kuala Krao ke Kota Kinabalu pada 28 September 2009, aku merasa seperti 'kehilangan' sesuatu.. Aku merasa sunyi, tiada lagisaudara mara aku, tiada lagi gelak tawa sepupu-sepupu aku. Namun itulah hakikatnya yang harus aku terima.. Semuanya dah berlalu..
Bila aku kenang balik sehari sebelum aku pulang ke Kelantan (15 Sept) aku merasakan waktu itu begitu pantas berlalu.. Sekarang aku sudah kembali ke Sabah..
Apa-apa pun biarlah ia menjadio nostalgia dalam hidupku. Apa yang dapat aku lakukan ialah berdoa supaya saat indah ini akan berulang lagi..
Coretan Raya 2009
Posted by
Ninja Jepang
Thursday, October 1, 2009
Labels: Kenangan
0 comments:
Post a Comment