[Politik] Luahan Hati Aku Terhadap Ulama

Aku sebenarnya nak bersara daripada mengulas pasal politik ni. Namun apakan daya, ada sesetengah berita yang 'tak enak' didengar khususnya pasal parti islam. Tak payah cakap apa dia, korang semua dah tahu kan. Tak salah untuk menegur walau islam macam manapun parti tersebut dan aku secara peribadi menerima baik teguran tersebut. Bak kata sesetengah orang- jangan lihat SIAPA yang menegur tapi lihat APA yang ditegur. Secara ringkasnya, terima sajalah apa yang ditegur. Terima dengan baik walaupun teguran tersebut datangnya dari seorang yang fasik. Kerana apa? Kerana boleh jadi dah terbit hidayah di dalam hatinya. Oleh sebab ni blog aku, aku nak luahkan segala luahan perasaan aku terhadap sesetengah 'ulama' yang sepatutnya memecahkan kekeliruan bukannya menambahkan lagi kekeliruan. Ni komen aku:

Ulama yang sebenar ialah pemecah kekeliruan dan bukannya menambahkan lagi kekeliruan. Lebih-lebih lagi dalam negara kita yang kononnya 'islam' ni. Nak buat hukuman sebat syariah pun susah. Alasan-alasan yang diberi pulak tak masuk akal belaka. Tak ada tukang sebatlah, itulah inilah. Kata negara 'islam', takkan tukang sebat syariah pun takdak. Sebab apa takdak? Sebab pucuk pimpinan negara kita masih lagi terbelenggu dengan minda 'islam hanya di masjid atau islam hanya di sejadah'.

Kalau minda macam ni, sampai bila-bila pun perjuangan islam tidak akan mencapai matlamatnya. Hanya akan dilaungkan sekuat-kuatnya dan akhirnya hanya tinggal nama saja.
Pak mufti pulak, bila masuk belah PAS, semua yang PAS buat salah. Walaupun mufti sebenarnya tidak boleh melibatkan diri dalam politik, aku cuba memandang jawatan mufti dalam skop yang lebih luas. Maksudnya aku nak tengok mufti-mufti ni bersuara lantang demi AGAMA dan bukan POLITIK.

Ini tak, bila PAS kata macam ni, laju betul pak mufti bersuara. Kononnya nak menegur tapi bila masuk belah dia, tak pulak ditegur. Contohnya kat bawah ni:

Dalam Al-Quran dah ditegaskan supaya umat islam wajib menutup aurat, tapi Rosmah tak pulak tutup aurat. Di mana suara anda wahai pak mufti?

Dalam Al-Quran ditegaskan bahawa haramnya arak dan judi. Tapi kerajaan UMNO pulak yang luluskan lesen arak dan judi. Di mana suara anda wahai mufti?

Bila PAS kata 'undi PAS masuk syurga', laju pulak pak mufti bersuara kononnya "tiada Nas yang kata undi PAS masuk syurga". Tapi bila Muhyiddin keluarkan 'fatwa' yang menyatakan 'Undi BN masuk syurga', pak mufti tersebut membisu seribu bahasa. Di mana suara anda wahai pak mufti?

Sepatutnya sebagai mufti, anda bertanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai kenyataan 'Undi PAS masuk syurga'. Janganlah cepat melatah. Tup tup keluar kenyataan "tiada nas kata undi PAS masuk syurga". Masyarakat pun keliru, TGNA kata macam ni, pak mufti kata macam tu. Kalau diperhalusi lagi kata-kata TGNA, maksud 'Undi PAS Masuk Syurga' ialah menyokong perjuangan Islam. Mengikut ceramah Ustaz Ismail Kamus, beliau kata "memang kita tak boleh jangka seseorang tu masuk syurga atau tak tapi kalau menyokong perjuangan Islam, potensi untuk masuk syurga tu ada" Kalau sokong, janganlah sokong saja. Segala suruhan Allah mesti dilaksanakan. Kalau setakat undi PAS tapi sembahyang entah ke mana, tak pergi ke mana jugak.

Dan hari ni, si Reezal Merican tu suruh ulama ambik tindakan terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Sebab apa? Sebab kononnya Nik Aziz buat kenyataan tak masuk akal.. Boleh tentukan masuk syurga neraka. Aku tak tahulah sama ada dia ni berminda 'islam di sejadah atau pun islam di masjid. Kemudian nak suruh ulama pulak ambik tindakan. Ulama mana yang ko suruh? Mufti Harussani? Atau pun Dr Mashitah yang pernah memberikan 'fatwa' mengharuskan melacur tu?

Ni kata-kata Reezal Merican yang dipetik dari UTUSAN:

“Saya tak faham kenapa ulama-ulama UMNO dan kerajaan atas nama al-Haq tak boleh cakap dan ambil tindakan terhadap Nik Aziz.

“Dia cakap benda yang tak masuk akal. Dia cakap perjuangan UMNO tak boleh bawa orang masuk syurga. Macam mana dia tahu siapa masuk syurga, siapa masuk neraka,” katanya semasa berucap menyokong ucapan dasar Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pada Persidangan Perwakilan Pemuda di sini hari ini.

Bebelan: Kenapa mesti kata Ulama UMNO? Tak boleh ke kata ulama Islam? Kalau tanya ulama UMNO, memang la mereka hentam PAS. Sebab apa? Sebab mereka UMNO. Maka aku pun nak tegur jugaklah 'ulama' UMNO ni- Atas nama Al-Haq, tegurlah pemimpin anda. Kalau anda boleh tegur PAS, kenapa tak boleh tegur UMNO? Kuman seberang sungai nampak, tapi gajah depan mata tak nampak. Inilah dia.

Ada ke TGNA kata AHLI UMNO tak boleh masuk syurga? Kalau kita teliti balik transkrip yang dikeluarkan oleh utusan, tak ada pun perkataan AHLI. Jadi dah terang lagi bersuluh, sememangnya media lah punca utama fitnah-fitnah ni terjadi. Kalau tak percaya, cuba korang search di blog aku ni, cari pasal transkrip kenyataan TGNA.

Sebagai contoh:

Seorang Ustaz berkata kepada murid-muridnya "Kita umat islam wajib sembahyang, siapa tak sembahyang masuk neraka". Kebetulan pulak bapa kepada salah seorang murid ustaz ni jenis kaki tak sembahyang. Bila balik rumah anak dia ni bagitahu kat bapanya "Ayah, tadi ustaz kata siapa tak sembahyang masuk neraka". Apa lagi melenting gile la bapa budak tu. Kata bapa budak tu "Ustaz ni bukan Tuhan, nak hukum orang masuk syurga atau neraka. Ustaz ko ni sesat!"

Sama juga dengan TGNA. TGNA hanya kata kalau buat ini, masuk ini. Kalau buat itu, masuk itu. Salah ke?

Sekian sajalah bebelan aku untuk hari ni. Aku tulis semua ni bukan nak menghentam ya. Jangan salah faham pulak. Inilah hakikatnya senario yang berlaku di Malaysia. Jangan pulak lepas ni korang kata aku hentam mufti pulak.

"Biar buta mata tapi jangan buta hati"

2 comments:

Anonymous October 16, 2009 at 10:33 AM  

salam

sungguh lantanag tulisanmu^^

teruskan menegur kepada kebaikan, dan jangan bersara selagi boleh memberi manfaat.

mungkin ini booleh jadi penyelamat nnti, siapa tau?

Ninja Jepang October 16, 2009 at 10:42 AM  

Insya Allah ya anon..

ana akan terus menegur dan menegur sampailah kebenaran muncul di depan mata..

Followers

Ruang Komen