[Kes Azeez] Tawaran Dinaikkan Ke RM6500

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) hari ini menaikkan tawaran dari RM1000 kepada RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang awal minggu lalu.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid bahawa, sejak berita berkenaan tawaran tersebut disiarkan oleh beberapa media online seperti Harakah Daily, Malaysiakini, Detik Daily, Utara Online dan Kedah Lanie serta tabloid Sinar Harian, pihaknya telah menerima beratus-ratus panggilan dari orang ramai untuk mengetahui tentang kedudukan tawaran tersebut, di samping ingin turut menyumbang wang sebagai tambahan tawaran kepada harga asal yang berjumlah RM 1000.00.

Katanya, setelah di buat penjumlahan wang yang bakal disumbang oleh orang ramai, Pembela mendapati jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 6,500.00. Maka dengan ini, kami mengambil keputusan menawarkan harga baru kepada sesiapa jua yang memiliki atau merakam gambar Datuk Abdul Azeez kena tumbuk ketika hadir di hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang, Sabtu lalu".

"Tawaran ini bukan main-main darai kami (Pembela),.. sebaliknya ia suatu yang serius dan ditegaskan bahawa Pembela bertanggungjawab atas tawaran tersebut, katanya.

Dzohir berkata, Pembela amat memerlukan gambar ini sebagai bukti di tasa dakwaan Datuk Azeez yang juga Ketua Putera Umno yang mendakwa dia dipukul oleh para penyokong PAS.

"saya tahu lebih daripada sembilan orang menyerang saya dan lebih 20 tumbukan saya terima sambil mendakwa orang yang menyerangnya terdiri dari orang lelaki memakai baju berlogo PAS".

Laporan juga menyebut bahawa kejadian tersebut berlaku semasa beliau berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.20 pagi.

Bagi Pembela dakwaan Azeez ini perlu dibuktikan supaya ia boleh dipertanggungjawab samada oleh pihak yang dituduh (Pas) maupun dia selaku penuduh juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang meletakkan calon mereka bertanding di situ, kata Dzohir lagi.

Diharapkan dengan tawaran yang lebih besar ini, pihak yang merakam kejadian Datuk Azeez kena tumbuk sudi menjual gambar tersebut kepada Pembelaa33; seperti yang dijanjikan pembayaran adalah secara tunai kepada pihak yang menjualnya.

Kata Dzohir lagi, tawaran harga ini membeli gambar ini hanya berlaku di semasa kempen pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang berlangsung iaitu selewat-lewatnya pada jam 12 malam 10 Oktober depana33;.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah terus menghubungi Mohd Dzohir di talian 019-498 0230 pada bila-bila masa_

Sumber: Harakahdaily

Nota: Ni lagi satu.. Kenapa naikkan tawatan dari RM 1000 ke RM6500? Sebab takde bukti bergambar kan.. Naikkanlah sampai RM10000 pun, kalau dah namanya penipu, penipu la jugak.

Tak habis-habis nak menjilat UMNO.. Piirah..

2 comments:

Faarihin October 8, 2009 at 5:04 PM  

Salam..
macam2 keadaan kat malaysia skang ni.. hmmm...

Ninja Jepang October 9, 2009 at 2:50 PM  

Memang macam ni lah keadaan di malaysia..

Followers

Ruang Komen