[ILuvislam] Teruskan Perjuangan Wahai Sahabat


* "Rehat bagiku adalah dakwah dan jihad"

Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut seorang yang mulia di dunia dan akhirat. Kata-kata di atas menyebabkan air mataku mengalir membasahi pipi tatkala merenung kembali kisah perjuangannya yang tidak mengenal erti penat dan lelah.

Perit dan sebak di dada melihat betapa kesengsaraan menimpa dirinya namun semua itu sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau untuk berjihad membebaskan tanah air tercinta daripada tentera penceroboh. Tidak mengeluh kepenatan, berundur tidak sekali!

Sedangkan kita? Hanya duduk bersimpuh, bersila di depan laptop, sudah kita mengadu kepenatan. Penat melayani karenah sahabat-sahabat baru yang berkunjung. Jenuh dengan adanya thread picisan, bosan dengan adanya thread kurang ilmiah dan meluat dengan adanya thread berulang.


Sampai disitu sajakah perjuangan kita? Kita sewajibnya bersyukur kepadaNya kerana pada masa ini, jihad kita hanyalah di depan laptop. Kita berjihad dengan selesa tanpa ada apa-apa kesukaran mahupun penderitaan. Tidak perlu bermandi darah, tidak usah menitiskan peluh walau sedikitpun. Namun, ada di antara kita sudah mula mengalah. Meskipun segala kemudahan sudah dilengkapi, gejolak nafsu kepenatan mengatasi segala-galanya.


Wajarkah kita mengadu kepenatan sedangkan kita hanya duduk di depan laptop?

Wajarkah kita berhenti berjihad hanya kerana penat melayan thread berulang, thread kurang ilmiah dan seribu satu karenah manusia lagi?


Jangan kita hanya kuat bersuara "JIHAD PALESTIN" andai jiwa kita tidak sekuat jiwa para pejuang HAMAS.


Jangan kita hanya kuat bersuara "MARI KITA SERANG ISRAEL" andai hati kita tidak setabah dan secekal As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.


Jangan kita hanya kuat bersuara "AKU RELA MATI DEMI ISLAM" andai semangat kita tidak setinggi Dr Abdul Aziz Rantissi.

Wahai sahabat-sahabatku,

Ingatlah, kita sudah disediakan dengan iLuvislam.com. Mulakan dakwah/jihad anda dari laman web ini. jangan sesekali patah ke belakang. Andai anda sudah diberi amanah, jalankan amanah anda sebaik yang mungkin. Jangan mengadu kepenatan dengan melayan thread berulang, jangan mengadu kepenatan dengan melayan thread cinta-cintun. Sama-samalah kita bimbing mereka. Baik moderator mahupun user..

Kepada sahabat user sekalian,
sama-samalah kta membantu sahabat-sahabat kita yang memerlukan sokongan dan nasihat. Bantulah juga para moderator. Jika anda tahu adanya thread berulang, bantulah moderator berikan link untuk mereka sambung. Kikislah sifat "alah, itu tugas mod" dari hati kalian.


Kepada sahabat moderator sekalian,
anda sudah diberikan mandat untuk melancarkan perjalanan forum. Pikullah amanah anda sebaik-baiknya. Jangan mudah 'dibunuh' oleh kepenatan sebaliknya anda lah yang sepatutnya 'membunuh' kepenatan tersebut. Andai ada yang ingin berhenti, fikirlah semasak-masaknya. Ketahuilah bahawa para pejuang HAMAS tidak pernah berhenti berjihad walaubagaimana penatnya mereka melayan karenah tentera haram Zionis.


Sekian sahaja bebelan dari aku, semoga mengambil iktibar darinya. Bebelan ini khas ditujukan kepada semua khususnya kepada diriku sendiri. Wassalam..


* Kata-kata pada permulaan tulisan di atas merupakan kata-kata AS Syahid Syeikh Ahmad Yassin, pengasas dan pemimpin spiritual HAMAS. Dilahirkan pada tahun 1938 dan syahid pada tahun 2004 selepas dibedil tiga butir peluru berpandu dari Helikopter Apache milik Israel.

Jasadnya yang tua dan lumpuh berkecai bertebaran di udara sejurus selepas menunaikan solat subuh di sebuah masjid. Beliau menemui Allah dalam keadaan redha dan menyerah diri kepadaNya..


Semoga Allah menempatkan kita bersama-samanya serta para syuahada di syurga kelak.. Amiin..

1 comments:

Unknown May 23, 2010 at 3:10 PM  

salam..insyaAllah..bila kita sudah mgucap lailahaillah...tggungjwb bwa Islam tggungjwab kita

Followers

Ruang Komen