Soalan Kepada HizbulTahrir

Dalam pelayaran aku di Iluvislam setelah sekian lama.. Aku agak tertarik dengan satu kempulan jemaah iaitu Hizbul Tahrir (HT).. Kewujudan HT ni dah sekian lama cuma aku baru je tahu mengenainya.. Antara perjuangan HT yang mahsyur ialah perjuangan menegakkan khilifah di muka bumi.. Aku sokong 100% perjuangan menegakkan khilifah.. Siapa yang taknak khilafah?

Dalam tulisan forumer pro HT dalam Iluvislam, seringkali ditekankan mengenai khilafah.. Khilafah, khilafah dan khilafah.. Selain tu, mereka juga mengharamkan demokrasi dan pilihanraya.. Pelbagai persoalan timbul di benak aku antaranya ialah:

1) Adakah HT berhajat nak tubuhkan pemerintahan negara islam di MALAYSIA?

2) Kalau jawapannya YA, bagaimanakah cara untuk mendapatkan kerajaan daripada kerajaan sekarang? Nak pilihanraya tak boleh, HT kata haram.. Lantas bagaimana?

3) Kenapa ahli HTdilihat taasub kepada parti sehingga menganggap bahawa hanya HT sajalah yang betul dan jemaah lain salah?

4) Di Malaysia, satu-satunya parti islam yang menyertai pilihanraya hanyalah PAS.. Adakah salah jika kita mengundi PAS?

5) Mengapa HT mengharamkan demokrasi sedangkan tidak ada fatwa yang dikeluarkan hatta oleh ketua ulama sedunia iaitu Syeikh Yusuf Qardhawi yang mengharamkan demokrasi?

6) HT mendakwa perjuangan PAS salah hanya kerana PAS berjuang melalui jalan demokrasi.. Kalau begitu, cubalah HT berjuang menggunakan cara dan kaedah yang tersendiri.. Aku nak tengok..

7) Kalau HT mendakwa perjuangan atas jalan demokrasi, apakah pandangan HT terhadap perjuangan HAMAS?

8) Bagaimana pula dengan Syeikh Fathi Yakan? Beliau merupakan ahli parlimen Lubnan..

Itulah antara persoalan yang nak sangat aku tanyakan kepada orang-orang HT.. Mungkin orang-orang HT boleh jawab..

Takpe la kalau orang HT taknak jawab.. Aku tetap bersama PAS selagimana PAS berada di landasan yang betul..

Followers

Ruang Komen