PKR Buat Masalah Lagi

IPOH 12 Okt. - Kira-kira 100 ahli Pergerakan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat akan keluar parti beramai-ramai selepas hilang keyakinan dengan kepimpinan mereka di peringkat negeri dan Pusat.

Tindakan itu bakal diambil sekiranya Ketua Wanita PKR Perak, Fatmawati Salim tidak meletakkan jawatannya dalam tempoh 14 hari daripada sekarang.

Ketua Penerangan Wanita PKR Cabang Ipoh Barat, Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi berkata, bagi membuktikan ketelusan tindakan itu, beliau nekad meletak jawatan dan keluar parti terlebih dahulu berkuat kuasa hari ini.

Beliau mendakwa, Fatmawati dengan sewenang-wenangnya merampas hak ahli jawatankuasa (AJK) apabila mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Oktober ini tanpa pengetahuan mereka.

''Perbuatan jahat pimpinan Wanita PKR negeri dan Pusat ini seolah-olah sengaja menyingkir kami AJK yang sah bagi tahun 2007 hingga 2010.

''Kami tidak faham kenapa perlu diadakan pemilihan sedangkan ini bukan tahun pemilihan. Ini jelas sekali tindakan diktator dan keterlaluan,'' katanya pada sidang media di sini hari ini.

Faridatul Azlina berkata, kemelut bermula selepas majoriti ahli membuat undi tidak percaya terhadap ketua mereka, A. Megaswary pada mesyuarat agung November 2008 atas sebab disiplin dan salah laku.

Jelas beliau, selepas insiden berkenaan, pimpinan di peringkat negeri langsung tidak melantik Timbalan Ketua Wanita cabang itu, Norizan Mat Soda memangku jawatan berkenaan malah secara tiba-tiba mahu mengadakan pemilihan baru.

''Bagi saya tindakan Fatmawati menganjurkan pemilihan haram itu adalah untuk menghancurkan parti dan bukannya mahu mengukuhkan parti.

''Setelah sepuluh tahun di dalam PKR, macam-macam yang telah saya alami tetapi bagi saya ini yang paling teruk sekali.

''Memang saya ikhlas letak jawatan dan keluar parti. Apa yang saya kesalkan segala pengorbanan dan titik peluh kami di cabang ini langsung tidak dihargai,'' katanya.

Mengenai perancangannya selepas ini, beliau belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sumber: Utusan Meloya

Nota: Yang buat masalah dalam Pakatan mesti PKR.. Tak habis-habis nak buat masalah.. Dulu yang jadi katak pun PKR..

Kalau u all nak masuk UMNO pun aku tak kisah.. Pakaian je PKR padahal jiwa UMNO.. Silakan masuk UMNO..

Followers

Ruang Komen