[Iluvislam] Thread Kurang Ilmiah-Ni Komen Aku

Semasa aku belayar di Iluvislam aku ternampak sebuah thread yang dibuka oleh seorang sahabat kita iaitu

[Aduan] Thread Kurang Ilmiah Mendominasi Forum


Aku tidak memberikan sebarang respons dalam thread tersebut dan aku hanya menjadi pemerhati dari jauh.. Tapi aku berasa terpanggil untuk memberi komen. Aku malas nak komen kat situ jadi aku komen je la kat blog aku ni.. Ni komen aku:

Iluvislam merupakan portal Islamic yang terbuka kepasa semua lapisan masyarakat tak kira tua, muda, kecik atau besar. Aku tidak melihat ‘pembukaan thread yang tidak ilmiah’ merupakan sesuatu yang besar. Kerana apa? Kerana Iluvislam terbuka kepada semua.

Dan ada jugak thread tidak ilmiah ni dibuka oleh bebudak sekolah rendah atau menengah rendah. Wajarlah kalau mereka buka thread ‘tidak ilmiah’ sebab batas pemikiran mereka lebih kebudak-budakan daripada kita. Batas pemikiran mereka tidak dapat mencapat tahap ‘ilmiah’ yang anda katakan. Entah-entah makna ‘ilmiah’ tu pu mereka tak tahu apa benda. Aku sendiri secara peribadi, belum tentu dapat setanding dengan tahap pemikiran kritis seperti Katyusha dan Leokid. Kalau semuanya nak ‘ilmiah’, sengsaralah bebudak tu nak cari makna perkataan-perkataan yang bertahap tinggi.

Kalau nak larang terus daripada bukak thread ‘tidak ilmiah’, jangan hanya fikir melalui perspektif orang dewasa macam kita. Kadangkala cuba kita fikir melalui perspektif budak-budak. Kalau semuanya nak fikir melalui perspektif orang dewasa, alamat semua thread ‘tidak ilmiah’ kena buang la.

Daripada budak-budak tu lari ke laman web yang lain, ada baiknya kita biarkan saja. Pantau la sekali sekala. Mungkin ada yang berpendapat ‘thread tidak ilmiah’ tu sesuatu yang lagho. Kalau dalam tu disebut nama Allah, adakah ia juga merupakan sesuatu yang lagho? Aku tak tahulah macam mana, mungkin aku yang salah. Mungkin ada budak-budak yang bukak ‘thread tidak ilmiah’ tetapi takkanlah mereka selama-lamanya akan berada dalam thread tersebut menunggu orang respons. Mereka pasti akan beralih ke thread yang lain (yang ilmiah sikit) ataupun membaca artikel. Sekurang-kurangnya dapat la ilmu sikit.

Mengenai thread cinta-cintun, mungkin aku sependapat dengan yang lain. Kebanjiran thread cinta-cintun memang adakalanya merimaskan aku walaupun aku bukan moderator. Sakit mata nak membacanya. Namun itulah hakikat yang kita harus terima, dalam usia meningkat remaja benda-benda sebegini wajib timbul. Wajarkah kita salahkan mereka yang hanya memerlukan sedikit respons dan bimbingan daripada kita? Cinta itu sendiri ada dalam islam.

Mungkin masalahnya ialah thread berulang. Betul, aku setuju. Kalau nak ikutkan, banyak thread berulang dibukak khususnya mengenai cinta-cintun. Kami sebagai user lama pun sedikit sebanyak cuba meringankan tugas moderator dengan memberikan link untuk mereka sambung. Walaupun dah berkali-kali dinasihatkan supaya baca peraturan, tak baca-baca jugak. Inilah masalah umat Melayu kita. Tak faham-faham bahasa. Kalau aku kata tak faham bahasa, mulalah melatah. Sedangkan sendiri yang salah.

Ok back to the topic. Kemudian muncul pula golongan user baru yang bukak thread khusus untuk berkongsi masalah. Pun ada jugak yang melabelkan sebagai ‘tidak ilmiah’. Ada yang bagi alasan “boleh mintak pendapat dengan orang yang lebih dekat dengan anda”. Memang betul kita boleh mintak pendapat dari orang yang lebih dekat dengan kita namun adakalanya tabiat manusia, suka mintak pendapat dalam version yang lain. Mungkin kalau bagitau dekat ibubapa, pendapatnya lain dan kalau bagitau kat sahabat alam maya, pendapat mereka pun lain-lain. Ini namanya kepelbagaian pendapat. Tak tahulah kalau ada yang anggap ini salah. Bagi aku, ianya tidak salah. Sedikit sebanyak pendapat sahabat-sahabat kita dapat kita manfaatkan. Mungkin suatu hari nanti anda pun mengalami masalah yang sama dan pada waktu itulah baru anda menyedari betapa perlunya pendapat mereka.

Setakat itu sajalah bebelan aku pada hari ini. Nanti kalau ada masa, aku komen lagi demi kemaslahatan portal Islamic yang aku sayangi. Wassalam

5 comments:

Suhana Amiril October 14, 2009 at 12:00 PM  

Assalamu'alaikum..

Hari tu nak komen, tapi tak nampak pop up window keluar.. adeh~! Malu.. Malu.. :P

Apapun,
terima kasih untuk komen anda ye.
Anda seorang user dan sahabat yang prihatin, insyaAllah.

=)

Ninja Jepang October 15, 2009 at 10:22 AM  

Waalaikumsalam..

sama-sama..

Aku akan terus komen dan komen demi iLi yang disayangi.. hoho

AsNiza October 19, 2009 at 7:43 AM  

Assalamualaikum..

Semoga terus setia bersama iLi.. sama2 'memandu' mereka yang baru mengenal dunia forum, perteguhkan mana yg lemah, tegakkan mana yg condong, rapatkan mana yang jauh..insyaAllah, united we stand ^_^

UkhwAh October 20, 2009 at 12:01 AM  

Bismillah..

Alhamdulillah, berpeluang mengenali blog ni melalui seseorang.

Terima kasih atas nasihat-nasihat dan teguran yang diberikan.

InsyaALlah, kami manusia yg serba kekurangan ni kdg2 terlupa. Jd sama2lah kita saling mengingat utk portal Islamik tercinta kita ini, insyaALlah.

Jzkk

Ninja Jepang October 20, 2009 at 10:33 AM  

Insya Allah.. =)

"We love Iluvislam"

Followers

Ruang Komen