Salam to all..
Dalam hidup ini, kita sering berjumpa dengan pelbagai jenis karenah manusia. Setiap mereka memiliki perangai dan sifat yang tersendiri yang sebenarnya sukar untuk kita tafsirkan dengan sekilas pandang. Ada antara mereka yang
Luarannya nampak baik, tetapi sebenarnya hati mereka kotor dan hina
Luaran nampak jahat, tetapi sebenarnya memiliki peribadi yang mulia
Luaran nampak baik, dan hatinya juga baik dan bersih dari noda dan dosa
Luaran nampak jahat, dan hatinya juga diselaputi dosa dan maksiat.
Siapa pun mereka, yang pastinya kita harus pandai menilai siapa yang baik dan siapa yang jahat. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu tanpa terlebih dahulu mengenali hati budi mereka. Selepas kita mengenali mereka dengan lebih dekat, anda boleh je menilai mereka..
Kepada sahabat-sahabatku,
Pandanglah sekelilingmu, bukalah hatimu, luaskanlah pemikiranmu serta nilai lah sebaik-baiknya. Boleh jadi mereka adalah jiran tetangga kita, boleh jadi mereka sahabat-sahabat kita dan boleh jadi mereka ialah sanak saudara kita sendiri.
Ada antara kita yang sebenarnya tergolong dalam empat golongan yang aku senaraikan di atas.. Kita berada di mana? Tepuk dada dan tanyalah iman kita..
Wallahualam..
Hatiku Berkata
Labels: Lain-Lain
Sekadar Mengomel
Assalamualaikum to all,
Akhir-akhir ni seringkali ternampak seorang user yang hebat sedang mengembangkan ideologi Hizbul Mujahid nya di ILI. Aku bukannya nak hentam tapi merasa aneh dan pelik dengan gaya postnya di ILI. Ada beberapa perkara yang aku rasakan tak dapat diterima pakai oleh otak aku ataranya ialah:
1) Pengasas HM ni merupakan seorang pelajar kolej islam dan bukannya seorang ulama yang benar-benar memahami Islam. Beraninya budak ni buat jemaah baru sedangkan dirinya baru setahun jagung. Dah la tu, sibuk-sibuk pulak nak ajak orang lain join jemaahnya ni.
2) Budak ni mendakwa dia kini sedang giat berlatih teknik perang yang ntah betul ke tak tu. Kononnya nak bantu HAMAS menentang Israel. Kalau budak ni ada ibu bapa, maka ibu bapa adalah keutamaan mereka dan bukannya berperang. HAMAS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak memerlukan sokongan dari luar untuk datang ke Palestin berjihad bersama mereka tetapi cukuplah dengan memperbanyakkan doa dan memboikot barangan Israel.
3) Budak ni merupakan pelajar kolej islam tetapi pernah mengaku belajar agama secara sendiri. Dah cukup ke ilmu nak ajar orang lain. Dah la tu, subjek-subjek yang diajar pulak semuanya berat-berat dan bersangkut paut dengan Islam. Islam bukannya boleh diajar guna kepala otak sendiri. Ada banyak peraturan dan garis panduan yang mesti dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan.
4) Ke mana perginya komen-komen aku dan blogger lain di blog budak ni? Takkan dah delete kot.. Kata suruh komen banyak-banyak tapi komen-komen aku dan blogger lain dah lenyap. Takpe lah, suka hati awak lah.. Aku peduli ape dengan jemaah awak tu. Selamat Berjihad.. Ngeeeee~~~ ^_^
Labels: Islam
[Gambar] Pedoman Buat Semua Umat Islam
Assalalamualaikum to all..
Gambar-gambar di atas ini aku dapat daripada sebuah blog yang menunjukkan kebakaran yang berlaku di sebuah kelab malam di Thailand..
Walaupun peristiwa ni dah dikira outdated, tidak ade salahnya kalau aku post kan kembali sebagai peringatan buat kita umat islam yang semakin lemah ini..
Kita berdoa kepada Allah agar tidak termasuk dalam golongan seperti di atas.. Ini baru api dunia, belum lagi api di neraka..
Ambillah iktibar darinya sebagai pedoman kita bersama..
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu; penjaganya ialah malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" - (At-Tahrim:6)
Labels: Lain-Lain
[Pandangan] Masalah Sahabat
Asslamualaikum wbt..
Pernah suatu ketika sahabat aku, biarlah aku namakan dia sebagai Tina pernah dimarahi oleh sahabatnya yang lain yang aku namakan sebagai Mila kerana masalah facebook (FB).. Tina meminta pendapat aku mengenai permasalahannya dengan Mila.. Masalahnya ialah seperti berikut:
Tina menguruskan FB si Mila dengan meng-add beberapa orang kawan lelaki. Mila tidak suka perbuatan Tina (add lelaki) lalu Mila memarahi Tina.
Ini pula pendapat aku:
Pertama sekali kita kena lihat adakah Mila pernah mengatakan "Tina, ko jangan add lelaki @ ayat yang sama waktu dengannya". Kalau jawapannya TIDAK, bermakna untuk menyalahkan Tina 100% adalah tidak wajar.
Kerana apa? Kerana Mila tak pernah menyuruh Tina supaya jangan add lelaki.
Perkara kedua ialah kita kena lihat apakah fungsi FB itu sendiri. Adakah ianya sekadar tempat untuk main game @ kuiz? Jawapannya TUDAK. Fungsi utama laman web sosial seperti FB, Myspace, Friendster ialah untuk perhubungan.
Tina sebagai seorang sahabat sudah tentu mempunyai naluri untuk menolong Mila meng-add lelaki sebagai salah satu cara untuk memudahkan perhubungan.
Pada fikiran Tina, sudah tentulah ianya akan seperti:
"Hah! Kawan ni si Mila tak add lagi, biarlah aku tolong add kan"
Niat Tina sebenarnya baik iaitu untuk memudahkan Mila menambah rakan serta memudahkan perhubungan sesama kawan.
Maka sebab itulah aku secara peribadi berpendapat bahawa untuk menyalahkan Tina 100% hanya kerana add lelaki adalah tidak wajar. Dalam hal ini aku tidak berpihak kepada sesiapa dan segala pendapat aku ini hanyalah berdasarkan dalil aqli iaitu dalil akal.
Nota: Nama-nama di atas adalah rekaan semata-mata dan tidak ade kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati...
Labels: Pandangan
[Sambungan] Kisah Benar
Farid mula menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap Allah. Antara tindakan Farid yang menunjukkan rasa tidak puas hatinya ialah:
1) Tidak menunaikan solat 5 waktu
2) Tidak berpuasa pada bulan ramadhan
3) Memaki Allah dengan mengatakan perkataan 'bodoh'
4) Membenci ilmu agama
5) Memijak kaset bacaan Al-Quran
Apabila abangnya mengejutkannya untuk bangun solat subuh, Farid bangun dan mengambil wudhuk. Tetapi setelah abangnya berlalu, Farid segera masuk ke bilik dan menyambung tidurnya.
Apabila tiba bulan puasa, Farid bangun bersahur tetapi pada siang harinya Farid makan dan minum tanpa pengetahuan ibunya.
Buku agama ditolak tepi. Apa yang dibacanya ialah novel dan komik. Farid berasa menyampah dan benci apabila melihat buku agama.
Selama setahun Farid meneruskan perbuatannya, akhirnya pada pertengahan Mei 2005, hidayah Allah sampai kepadanya..
Selepas pulang dari sekolah, Farid terus menghempaskan badannya ke katil. Penat setelah berjalan pulang dari sekolah. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Kebiasannya, sebaik sahaja badan dihempaskan ke katil, matanya terus terpejam. Namun pada petang ini, keadannya agak aneh.
Dipandangnya kaset di rak sebelah kirinya, melihat-lihat komik yang tersusun rapi. Namun, terdetik di hatinya untuk mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. Perlahan-lahan Farid bangun dan memasukkan sebuah kaset ke dalam pemain kasetnya.
"Bismillahirrahmanirrahim... Yaa siinn.. Wal quranilhakim, Innakalaminalmursalin 'ala sirotimmustaqim.. Tanzilal 'azizirrahim, litunzirokomammnya un ziro aaba uhum fahum Ghafilun. Lakod haqqal qoulua'ala aksarihim fahum la yukminun. Innaja'alna fiii a'nakihim aglalanfahiyailal azqo nifahummukmahun"
Bacaan Surah Yaasin yang di baca oleh Syeikh Saad Said Al Ghamidhi menggegarkan jiwanya Badan Farid bergegar, bulu romanya meremang.. Lantas ingatannya berputar seperti pemain video. Segala perbuatan yang dilakukan seolah-oleh diputarkan di benaknya. Satu persatu dosa dan maksiat yang dilakukan bermain di kepalaya.
Tanpa semena-mena, air matanya mengalir laju di pipinya. Hatinya yang keras, cair dengan alunan ayat suci Al-Quran. Subhanallah.. Ternyata pancaran Nur Illahi mengatasi segala-galanya..
Farid bingkas bangun dan menutup bacaan Al-Quran tadi lantas menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Farid kemudiannya menunaikan solat sunat taubat ketika itu juga. Solatnya kali ini diiringi air mata keinsafan. Farid benar-benar insaf dan kini barulah Farid dapat merasakan bahawa hidayah Allah tiada tolok bandingnya di dunia ini..
Nota: Kisah di atas diadaptasi daripada kisah benar yang terjadi pada seseorang yang aku kenali. Nama-nama dalam cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Jika ada persamaan watak, ia hanyalah kebetulan.
Farid kini sudah bertaubat dan berazam untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan dahulu. Alhamdulillah...
Ambillah pengajaran dari kisah diatas.. Wassalam..
Labels: Motivasi
Kisah Benar
Albino di bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Kakinya yang membengkak seolah-olah bernanah. Doktor yang bertugas memeriksa Albino. Sesekali dikuis-kuis kaki Albino dengan sebatang kayu persis kayu ais krim Paddle Pop.
"Kucing ni tak apa-apa". kata doktor tersebut. Farid dan ibunya lega apabila mendengar kata-kata doktor tersebut. Albino di bawa pulang ke rumah. Sesekali melihat Albino bermain-main riang, hati Farid agak tersentuh apabila kucing tersebut memaksa dirinya untuk bergembira bermain bersama-sama adiknya, Candy. Tampak jelas di mata Albino akan kesakitan kakinya. Sebetulnya Farid sendiri tidak tahu mengapa kaki Albino membengkak.
Semua itu disedari apabila Albino berjalan pulang ke rumah terjengket-jengket. Pada mulanya Farid tidak mengendahkannya memandangkan kucing tersebut seekor kucing yang lasak. Namun beberapa hari selepas itu, Farid mula merasai perubahan tingkah laku kucing tersebut. Kucing tersebut kurang selera makan, tidak lagi aktif seperti dahulu. Setelah itulah baru Farid dan ibunya membawanya berjumpa doktor.
Setelah beberapa lama di rumah, Albino mula menunjukkan keanehan. Albino lebih suka menyendiri, suka tidur di bilik air. Kata orang tua-tua, kalau kucing tidur dalam bilik air maknanya ajalnya akan sampai tak lama lagi. Namun semua itu hanyalah kata-kata orang tua. Farid sedikitpun tidak mengendahkannya.
Pada petang itu tahun 2005, Albino kencing di depan tangga rumah. Sesuatu yang amat tidak disangka lebih-lebih lagi kucing tersebut tidak di ajar untuk membuang air dalam rumah. Setelah itu, Albino turun ke hadapan TV. Di situ Albino berbaring. Nafasmya dilihat semakin lemah. Farid lantas mendapatkan Albino dan membelai Albino dengan penuh kasih sayang. Air matanya bercucuran melihat kucing kesayangannya bertarung dengan maut. Akhirnya Albino pergi meninggalkan Farid buat selama-lamanya.
Farid mengangkat bangkai Albino dengan berhati-hati. Dibawanya untuk ditanam di bahagian belakang rumah. Sebelum mengambus tanah, Farid mengucup kepala Albino buat kali yang terakhir.
Farid naik ke rumah, seolah-oleh tidak percaya kucingnya baru sahaja mati. Farid naik ke bilik dan menghempaskan badannya ke katil. Bersaksikan tilam dan bantal, Farid menangis semahu-mahunya. Kesedihannya tidak dapat dikawal lagi. Air matanya membasahi bantal dan bajunya.
Dalam keadaan itu, Farid seolah-olah dirasuk syaitan. Farid tidak dapat menerima hakikat lantas Farid menyalahkan Allah.
"Allah kejam!" kata Farid.
Farid mula melakukan pemberontakan ke atas Islam.
Kalau anda ingin tahu apakah jenis pemberontakan Farid, sila ikuti sambungannya nanti..
Daa~~~~~
Labels: Motivasi
Jawapan Kepada Seorang Sahabat
Soalan: Perlu ke kita berubah menjadi orang lain untuk kamceng dengan orang lain?
Soalan diatas diutarakan oleh ukhti izz.. Berikut merupakan jawapan ana:
Ana mentakrifkan 'berubah jadi orang lain' tu sebagai 'menyesuaikan diri' yer. Tidak salah untuk menyesuaikan diri tapi mesti kena pada tempatnye la. Takkan la hanya kerana nak kamceng dengan orang lain, kita sanggup buat benda-benda yang tak elok. Bagi ana, join je apa2 asalkan prinsip diri tak tergadai.
Prinsip ana, jadi la orang yang macam mana pun, asalkan Islam di depan. Kalau nak jadi rockerz contohnya, jadilah rockerz yang beriman. Jangan pakai rantai, jangan bertindik, jangan lalai.. Itu je.. Semuanya atas diri kita dan sejauh mana kita menilai setiap perbuatan kita.
Cuba kita tengok band Soldiers of Allah (SOA). SOA ni band muslim dari barat. Macam mana dakwah dorang? Dorang nyanyi lagu islamik bertemakan rap. Sebab apa? Sebab persekitaran mereka yang mendorong mereka nyanyi lagu rap islamik. Salah ke kita guna pendekatan berbeza (rap misalnya) untuk dijadikan medium dakwah? Tidak!
Kesimpulannya, ada masanya kita kena menyesuaikan diri kita mengikut keadaan. Tapi jangan jadi hipokrit. Depan orang baik, belakang orang perangai macam anak hantu. Jangan jadi golongan macam ni yer ukhti. ^_^
Soalan: Ana tak dapat cari orang yang boleh bimbing dan jaga ana macam dulu.
Jawapan: Suatu ketika dahulu, memang kita bersyukur sebab ada orang jaga kita. Ada ibu bapa, ada kawan2.. Tapi adakah semua tu berkekalan? Kemudian kalau mereka tak ada, kita akan terkontang-kanting, begitu ke?
Ukhti, dah tiba masanya untuk kita bangkit dan berdiri sendiri tanpa bimbingan orang lain. Semuanya bergantung pada diri kita. Keadaan yang kita harapkan tidak semestinya kita dapat. Cuba bayangkan bagaimana orang Islam boleh hidup dalam masyarakat yang bukan beragama Islam tanpa mengabaikan tuntutan agama.. Semua ini tidak lain dan tidak bukan ialah kekuatan iman dan jati diri. Jangan kita jadi seperti lalang yang ditiup angin.
Soalan: Anta pun percaya yang persekitaran boleh mempengaruhi kita kan?
Jawapan: Ya betul! Ana setuju. Memang benar persekitaran boleh mempengaruhi kita namun semua tu atas diri kita jugak. Atas rasional kita. Kalau kita rasa persekitaran kita boleh bawak kita ke perkara dosa dan noda, setkan minda kita awal2..
Setkan "Benda ni dosa, aku tak boleh buat. Nanti berdosa"
Kekuatan kita terletak pada mind set selain iman kita. Jagalah iman sebaik mungkin kerana sekali iman itu ditarik oleh Allah, meranalah kita hidup di dunia.. Wallahualam..
Labels: Motivasi
[Gambar] Hukum Hudud
Gambar di atas adalah hukuman hudud yang dilaksanakan oleh Taliban di Afghanistan suatu ketika dahulu.
Cuba bayangkan kalau Malaysia laksanakan hukuman hudud di atas. Confirm beribu-ribu orang datang nak tengok secara live atau pun di tv..
Agak-agaklah, berani ke perogol nak rogol orang? Berani ke pencuri nak mencuri? Berani ke perompak nak rompak orang? Kalau nak jawapan kepada persoalan ni, kita kena laksanakan hukuman di atas..
Inilah Islam.. Hukuman di atas sudah termaktub dalam Al-Quran. Sungguhpun nampaknya agak kejam tetapi pelaksanaannya merupakan sesuatu yang rumit. Saksi harus didatangkan dan penjenayah disoal siasat tentang mengapa mereka melakukan jenayah..
Kalau dilihat pelaksanaannya, sudah tentulah ramai yang akan menyatakan hukuman tersebut adalah kejam. Contohnya Liberalist seperti SIS laknatullah..
Kita jangan melihat CARA pelaksanaannya tetapi KESAN pelaksanaannya.. Kalau hukuman ni dijalankan, polis-polis boleh relax.. Tak ade orang yang berani nak buat jenayah lagi.. Tak ade lagi loving couple sanggup berkepit macam belangkas. Padan muka!
Cuba bukak mata dan lihat.. Adakah kes jenayah di Malaysia semakin menurun atau pun meningkat? jawapannya ialah meningkat.. Rogol, zina, buang bayi, rompak, bunuh dan sebagainya merupakan sesuatu yang wajib mengisi ruang muka hadapan akhbar arus perdana..
Wallahualam..
Labels: Islam
[Motivasi] Babi Oh Babi
Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin
Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."
Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."
(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )
Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."
Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."
(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )
Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang".
Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.
Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?
Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.
Sumber: Isuhangat
Labels: Motivasi
Ada Apa Dengan Muslimah
Hari tu aku ada mendapat SMS dari seorang sahabat baik aku. Perempuan la.. Dia tanya aku "salahkah jadi muslimah?"
Aku kata tak salah dan bla bla bla.. Tak payah cerita la kat sini..
Lepas tu, aku mula terfikir, kenapa mesti kata perkataan 'muslimah'. Soalan yang ditanya tak salah tapi penggunaan perkataan 'muslimah' tu yang aku rasa ada yang tak kena.
Muslimah bermaksud wanita/perempuan islam. Kalau ditafsirkan balik pertanyaan sahabat ni tadi ia akan menjadi "salahkah jadi perempuan islam?" Persoalannya ialah kenapa mesti kata 'muslimah'? Adakah kalau disebut 'muslimah'. automatik akan terbayang di kepala kita ialah seorang perempuan yang memakai jubah dan bertudung labuh? Setakat ini sahajakah tafsiran kita terhadap perkataan 'muslimah'? Jujurnya, aku juga berfikiran seperti ini. Namun, inilah sebenarnya minda yang patut diubah.
Kalau lah 'muslimah' tu bermaksud perempuan yang memakai jubah dan bertudung labuh, apakah pula panggilan atau lebih tepat lagi label yang diberikan kepada perempuan islam yang tidak menutup aurat? Walaupun mereka tidak menutup aurat, mereka masih lagi beragama islam. Adalah tidak adil jika kita memanggil golongan 'surau' sebagai muslimah tetapi tidak kepada golongan 'non surau'.
Mungkin ada yang berpendapat 'muslimah' diberi kepada mereka yang beramal dengan islam dengan sepenuhnya. Pendapat ini mungkin benar dan mungkin juga salah. Memang aku akui kalau nak jadi islam, ajaran islam mesti diterapkan dengan sepenuhnya di dalam diri setiap individu muslim. Tetapi adakah hanya kerana mereka tidak menutup aurat, maka kita sewenang-wenangnya mengatakan mereka tidak layak dipanggil 'muslimah'? Tidak memakai tudung tidaklah menyebabkan mereka terkeluar dari islam. Tetapi ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Kalau tak nak termasuk dalam golongan orang yang berdosa besar, baik pakai tudung..
Lindungilah rambut anda daripada bakaran api neraka.. wallahualam..
Labels: Kaum Hawa
[Motivasi] Jangan Kamu Salahkan Sesiapa
Di lobi sebuah muzium yang berlantaikan marmar cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Patung itu juga diperbuat daripada marmar. Para pengungjung seluruh dunia memuji kecantikan patung tersebut. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut..
Lantai: Patung, ini memang tak adil! Mereka datang untuk memijak-mijak badanku dan memuji-muji dirimu. Ini tak adil!
Patung: Sahabatku, masihkah kau ingat kita berasal dari gunung yang sama?
Lantai: Ya! Aku ingat. Sebab itulah aku kata tak adil. Kita datang dari gunung yang sama tapi layanan kita berbeza.
Patung: Kalau begitu, masihkah kau ingat saat seorang pengukir datang untuk mengukir dirimu tetapi kau menolaknya kerana tidak mahu disakiti oleh peralatan yang digunakan?
Lantai: Ya, aku ingat. Tapi aku tak suka lelaki tu. Dia menikam dan mengetuk badanku. Sangat menyakitkan!
Patung: Betul, sebab tu lah dia tak dapat mengukir dirimu.
Lantai: Jadi?
Patung: Apabila pengukir itu kecewa dengan kamu dan dia mula mengukir diriku, aku tahu bahawa aku akan menjadi sesuatu yang berbeza apabila kerjanya selesai kelak. Jadi aku relakan diriku untuk dilakukan apa sahaja olehnya sekalipun seluruh badan aku berasa sakit.
Sahabatku, kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh sebab kamu mengambil keputusan untuk berhenti sekerat jalan, maka janganlah kamu menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya ke atas badanmu
Labels: Motivasi
[ILuvislam] Kelantan Catatkan Jangkitan HIV Tertinggi
Panaz.. Panaz.. Seorang user menggelecek bola, dihalang oleh user lain namun berjaya melepasi pertahanan lawan.. dan ohhhhhh, user tersebut di 'slide' terjatuh di dalam kotak penalti. Pengadil memberikan sepakan penalti kepada user tersebut. Para penyokong mula kepanasan dan mula melontarkan botol air dan mercun dalam kawasan padang..
Ahaha~ Begitula panaznya thread:
Kelantan Catat Jangkitan HIV Tertinggi
Menjawab kata-kata seseorang di chatbox.. haha~ katanya ia bukti pentadbiran PAS gagal. Pada pendapat aku, beliau hanya bergurau. Jangan diambik serius ye.. Tapi betul ke pentadbiran PAS gagal seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak?
Adalah tidak adil sekiranya kita mengatakan pentadbiran PAS gagal hanya kerana Kelantan mencatatkan jangkitan HIV tertinggi. Kalau kita berdakwah kepada orang yang suka minum arak contohnya, tapi kita gagal untuk membawanya ke jalan yang benar, wajarkah kita disalahkan? Sudah tentu tidak.. Kita sudah berusaha, hasilnya biar Allah yang tentukan.
Kerajaan Kelantan sudah melakukan yang terbaik untuk menjaga kebajikan rakyatnya. Sebab itulah kerajaan Kelantan dapat bertahan daripada ditawan oleh 'geng bersongkok tinggi' yang sememangya tidak akan berdiam diri selagi semua negeri di Malaysia tidak menjadi milik mereka.
Adakah hanya jangkitan HIV dapat menjadi kayu ukur untuk sesetengah pihak menempelak dan mengatakan PAS gagal? Kita sememangnya lebih menfokuskan kepada satu aspek. Yela, nak buat macam mana, dah threadnya pasal HIV. Nanti kalau cakap pasal hal lain, moderator akan kata "u off topic". huhu..
Cuba bukak mata dan lihat, negeri-negeri lain di bawah pentadbiran 'geng bersongkok tinggi' dah 'bersih' sangatkah? Cuba tengok di Pahang, ada pusat judi terbesar di Asia Tenggara, berjayakah Pahang? Tengok pulak di Kuala Lumpur, arak zina dah jadi amalan 'mulia'. Takdak orang halang. Kalau ada pun, hanya jabatan agama yang mempunyai kuasa terhad. Kalau lebih-lebih, nanti pak menteri pecat mereka. Siapa nak bagi anak bini makan?
Sepatutnya kita berusaha mempertahankan kerajaan islam Kelantan. Bukannya menghentam Kelantan dengan kata-kata itu ini. Biarlah Kelantan tak maju pun asalkan kebajikan rakyat terjamin. Bukan macam sesetengah negeri lain, duit masuk semua dapat kat kroni. Kenyang perut sendiri, rakyat makan pasir. Macam itu ke yang kita nak? Aku lagi suka analogi kak asmaa. Beliau kata:
kita; sy, kamu, iqbal, asniza, vetrowenul memiliki tapak sawah padi yang berjiran. kamu betul2 menjaga petak sawah padi kamu. jaga dari tikus, ulat, apa2 ajalah haiwan perosak.
malangnya, kami jiran2 kamu ni tak jaga semua tu. ada tikus pun kami tak bunuh, rumput panjang pun kami tak cabut.
agak2, segala haiwan perosak dalam petak sawah kami ni masuk tak dalam petak sawah kamu? mesti masuk kan?
maknanya, walaupun kamu sendiri bermatian menjaga petak sawah kamu dengan baik, tetapi kami yang berjiran dngn kamu endah tak endah, itu tidak menjamin keselamatan petak sawah kamu. sebab itu kita boleh lihat, org kampung yang berswah padi berganding bahu menjaga kesejahteraan bendang mereka bersama2.
Senang cerita, dah terbukti bahawa sebarang maksiat yang berlaku bukanlah salah pentadbiran tapi salah pengaruh luar..
Kemudian ada orang kata bilangan anak luar nikah tinggi di Kelantan. Dalam hal ni aku setuju dengan sorang user ni yang kata bilangan anak luar nikah tinggi sebab mereka bukan pembunuh! Kalau di negeri lain, senang-senang jer mereka 'buat' dan 'musnah' kan 'hasil' yang mereka dapat. Sekurang-kurangnya mereka masih ada hati perut. Bukan macam sesetengah golongan lain yang jadi penzina dan pembunuh!
Labels: Iluvislam
[Politik] Konflik UMNO-PAS
Haha.. Kelakar tahap gaban bila baca blog blogger UMNO yang tak habis-habis nak menjaja 'UMNO Parti Islam'. Ada lagi yang kata PAS punca perpecahan umat islam. Kononnya PAS menghalang perpaduan umat islam menerusi kerajaan perpaduan.
Tak tahu ke dasar UMNO dan PAS berbeza macam langit dengan bumi? Dasar UMNO ialah kebangsaan dan dasar PAS ialah Islam. Perpaduan yang macam mana yang diuar-uarkan oleh UMNO? Adakah perpaduan dari segi ekonomi? Atau dari segi pentadbiran? Atau hanya sekadar 'gula-gula'?
Cuba la bayangkan macam mana UMNO-PAS nak bersatu kalau masing-masing nak tegakkan dasar masing-masing.
Contohnya:
Kerajaan UMNO akan meluluskan lesen jualan arak di sebuah negeri bla bla bla.. Apa korang ingat PAS setuju ke kalau lesen tu diluluskan? Yang ni lu boleh pikir sendiri.
Contoh lagi:
Bila hukuman syariah nak dilaksanakan, UMNO mula macam cacing kepanasan.Dalam hal ni, PAS setuju hukuman tersebut dijalankan tapi UMNO tak setuju. Jadi macam mana?
Inilah dia minda 'islam hanya di masjid dan sejadah' Bila sebut islam, mesti kena solat, puasa, tunai haji etc. Setakat itu saja pemahaman islam oleh UMNO. Laung islam, tapi tudung tak pakai. Macam mana tu?
Islam meliputi semua aspek kehidupan. Islam bukan sekadar agama tapi sebagai cara hidup. maksudnya, dalam setiap aspek kehidupan contohnya seni, politik, ekonomi dan sebagainya.
Dalam hal ni, aku berpendapat tindakan PAS untuk tidak bekerjasama dengan UMNO adalah WAJAR. Sebab apa? Sebab pokok pangkalnya ialah dasar. Cuba teliti balik contoh yang aku kemukan di atas. Kalau ini setuju tapi itu tak setuju akhirnya akan berlaku pergolakan juga. Natijahnya selagi dasar UMNO ialah kebangsaan, mereka akan terus tidak sebulu. Wallahualam..
Labels: Politikus
[Iluvislam] Muktamar Khas PAS
Masa tengah tengok tv, tetibe ade orang call aku.. Dia tanya aku betul ke Tuan Guru Haji Hadi kena pecat? Aku yang tak tahu apa-apa ni tetibe kena 'terjah' dengan soalan macam tu. Aku bagitau si penanya tu, "memang ada nama TGHH disebut-sebut". Aku suruh dia bukak blog tok guru. Lepas tu, dia kata ada thread yang dibukak oleh seorang user. Thread ni:
Muktamar Khas Pecat DS Abdul Hadi Awang
Aku dah baca setiap post dan aku buat keputusan untuk tidak memberikan sebarang ulasan berhubung isu terbabit disebabkan akumasih lagi samar-samar dengan isu tu. Tapi hari ni, tetiba pulak nak komen tapi malas nak post di ILI so aku post je la di blog ni ye.. Ni ulasan aku:
Proses pembersihan yang kononnya akan dijalankan bagi aku amatlah tidak wajar diadakan. Kerana apa? Kerana ianya hanya akan merugikan PAS. Andai Ustaz Nasha dibersihkan, siapa pula yang akan bertanding jawatan Naib Presiden? Andai TGHH dibersihkan, siapa pula yang akan bertanding jawatan Presiden? Mungkin ada yang kata "benda ni boleh diuruskan". Ya memang betul benda ni boleh diuruskan tetapi tidakkah kita terfikir bahawa jika operasi pembersihan dilakukan, ianya akan memanjangkan lagi konflik yang berlaku dan berkemungkinan besar akan menimbulkan ketidakpercayaan kepada Pakatan Rakyat.
Lebih-lebih lagi bila Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan di laman blognya yang menyatakan bahawa PR mengalami masalah kepimpinan. Kenyataan Lim Kit Siang digunakan seluas-luasnya oleh media penjilat UMNO ditambah lagi dengan hentaman bertalu-talu oleh pimpinan UMNO.
Aku bersetuju EGM dilakukan cumanya objektif EGM tersebut perlu ditukar. Jangan jadikan operasi pembersihan sebagai objektif utama sebaliknya berbincang bagaimana caranya hendak membersihkan 'perasaan UG' dalam diri pemimpin yang bermasalah tersebut.
Bersihkan dari dalam. Tarbiyah balik pemimpin UG ni. Terapkan balik apa perjuangan PAS. Berkali-kali TGNA dah kata PAS hanyalah wadah. Jangan jadi pejuang PAS tapi jadi pejuang Islam. PAS hanya akan bekerjasama dengan UMNO kalau UMNO menukar dasarnya kepada Islam. Secara automatik PAS akan dibubarkan. Itu saja.
Aku hormat kedua-dua ulama ni. Jangan biarkan isu ni menjadi 'buah mulut' pimpinan UMNO yang hanya akan melemahkan PR yang sememangnya sudah rapuh.
Sekian. Wassalam..
Labels: Politikus
[Isu Kartika] Kenapa Senyap Je?
Lip lap lip lap.. tengok-tengok raya dah habis.. Hukuman sebat Kartika tak pulak kedengaran. Kata nak sebat lepas raya, tapi sampai sekarang pun tak timbul-timbul..
Dulu masa nak hukuman dah dijatuhkan, bergemalah seluruh alam semesta dengan suara-suara sumbang kononnya membantah hukuman yang dijatuhkan.
"Kejam!"
"Kezaliman ke atas wanita!"
Itulah antara suara-suara yang bergema di angkasa raya di saat hukuman sebat dijatuhkan ke atas Kartika Sari Dewi, seorang model sambilan atas kesalahan meminum arak.
Kemudian masuk pulak 'pihak atasan' yang sememangnya tak senang duduk jika hukuman islam di jalankan. Tu baru 'setengah' hukuman syariah dijalankan, belum lagi hukuman syariah yang sebetul-betulnya.. Kalau hukuman syariah yang sebetul-betulnya dilakukan, alamat sampai ke luar negara lah suara-suara sumbang akan kedengaran..
"Malaysia tak ada tukang sebat!"
"Kartika boleh membuat rayuan!"
Begitulah lebih kurangnya suara-suara sumbang yang kedengaran. Aik, kata negara islam, takkan tukang sebat syariah pun takdak?
Kemudian hukuman ditangguhkan untuk menghormati Aidilfitri.. ok lah aku tunggu. Tapi masalahnya Aidilfitri dah lama habis dan Syawal baru je tamat. Tak ade pulak hukuman sebat diuar-uarkan media Malaysia.
Yang peliknya lagi, bila sebut je perkataan 'syariah', mula lah ada pihak yang menggelabah tak tentu hala. Apa yang nak takut sangat?
Lepas tu ada pula pertubuhan haram SIS ni hantar memorandum kat PM untuk mansuhkan hukuman syariah. Gile meroyan ape pulak puak-puak nih..
Oi, hukuman sivil lagi teruk dari syariah tau tak. Cara sebatan sivil dengan syariah bezanyya besar macam langit dengan bumi. Tapi takdak pulak puak-puak nih bantah. Senyap membisu.
Yang hukuman sebat sivil sampai hancur lebur punggung pesalah tu, tak kejam?
Bila masuk hukuman syariah, kejam pulak.
Haih~ pelik.. pelik..
Fikirkanlah~
Labels: Lain-Lain
Tanda Taubat Diterima
Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:
1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.
3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
Sumber: Iluvislam
Nota: Buat masa sekarang ni terpaksa copy paste je.. Tak dak benda yang nak diulas..
Labels: Islam
[Politik] TGNA Saran Adakan EGM
Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri.
Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.
Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.
Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.
Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:
“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.
ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)
iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:
“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)
Apa isunya?
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :
“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.
Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini.
Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG.
Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.
Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009
Sumber: Blogtokguru
Labels: Politikus
Kematian Itu Pasti
Perkataan yang paling tidak disukai apabila terasa diri tidak bersedia menghadapinya.Begitulah lumrah kehidupan,yang muda akan tua,yang tua akan pergi,yang muda jua tidak ketinggalan dalam mengikut jejak walaupun tika umur masih merah.Kematian sangat-sangat memberi impak kepada manusia,terutama bagi mereka yang berada dalam lingkungan kekeluargaan kepada si mati.Isteri,anak-anak,ibu,ayah,adik beradik sepupu ,jiran ,rakan ,teman mahupun lawan.Semuanya mendapat kesan dari peninggalan si mati.
Perasaan sedih tatkala kehilangan orang yang disayangi sangat-sangat memberi impak pada keluarga terdekat pada si mati.Akibat kematian,diri rasa sedih,hilang selera makan sehinggakan terlupa bahawa hampir sehari suntuk tidak menjamah makanan dek kesedihan yang membungkam.Di sinilah salah satu kewajipan sebagai rakan atau jiran untuk menceriakan keluarga tersebut.tetapi bagaimana??..
Ketika peperangan Mu’tah,sepupu nabi,Jaafar bin abi Talib telah gugur di medan peperangan,berita gugurnya syuhada’ ini tidak membuatkan Nabi membungkam kesedihan bahkan terus dibelai dan dihiburkan anak-anak Jaafar untuk mengelakkan kesedihan kehilangan ayah mereka,dalam masa yang sama disuruh isterinya/khadam/sahabat-sahabat agar memasakkan makanan dan diberikan kepada keluarga jaafar bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung akibat dari kehilangan insan yang paling berharga dalam hidup mereka.
Kisah ini banyak memberi contoh kepada kita,apakah yang sepatutnya kita lakukan,pabila sahabat,atau jiran kita kehilangan ahli keluarga mereka.Menggembirakan anak-anak si mati akan menyebabkan jiwa kecil mereka tidak dibelenggu kesedihan yang tidak sepatutnya mereka tanggung.Bagi si ibu,jika melihat anak-anak nya dibelai oleh kenalan-kenalan,kawan-kawan rapat si mati mahupun jiran mereka,ini akan mengurangkan rasa beban si ibu yang sarat memikirkan kepada siapakah anak-anakku akan menumpang kasih seorang bapa??..siapakah yang boleh kuharapkan untuk melihat anak-anakku yang masih kecil ini??..Apakah anak-anakku boleh membesar tanpa seorang lelaki yang bernama ayah di sisi mereka??…Begitulah saratnya hati seorang ibu memikirkan masa depan anak-anaknya..Jadi,dengan menggembirakan anak-anak si mati,sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan rasa beban dan sesak yang ditanggung,untuk anak-anaknya.
Keduanya,memberi atau memasakkan makanan kepada keluarga si mati.Akibat kesedihan yang membungkam hati-hati keluarga si mati,menyebabkan mereka kurang mengambil peduli sedikit tentang makan minum mereka dek kesedihan yang menimpa.Di sinilah perlunya kita menghulurkan sedikit juadah memberi kepada keluarga si mati,untuk mengurangkan rasa sibuk mereka menguruskan urusan si mati,menggembirakan hati-hati keluarga si mati, bahawa masih lagi ada yang mengambil berat tentang mereka.Juga memberi satu tanda yang kitalah tempat berteduh atau sekurang-kurangnya tempat luahan mereka jika sesuatu yang susah mereka hadapi selepas dari siapnya jenazah dikuburkan.
Begitulah serba sedikit berkenaan dengan kematian,yang bagi kita jiwa orang muda,yang kurang memikirkan soal kematian.Sedangkan Nabi menceritakan,secerdik-cerdik manusia adalah mereka yang banyak mengingati mati.Dengan ingat pada kematian,kita akan mencongak sejauh mana amalan kita,jika terasa ianya masih kurang,maka akan ditambahkan lagi amalan tersebut agar ianya seiring dengan datangnya ajal yang tidak pernah kenal usia.Moga-moga dengan coretan ringkas ini,akan membantu kita dalam menangani soal kematian yang tidak pernah lekang dari telinga.
Yang terakhirnya,mari kita sedekahkan bacaan Al-fatihah kepada ayah,ibu ,datuk nenek dan sesiapa yang telah pergi meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di muka bumi ini selaku khalifah Allah..Al-fatihah.
Sumber: Iluvislam
Labels: Lain-Lain
[Iktibar] Titah Sultan Brunei
Benda ni dah lama sebenarnya tapi aku 'tampalkan' balik di blog aku. Mari kita baca dan hayati titah Al-Sultan Brunei di bawah ini. Semoga menjadi iktibar buat kita semua bahawa inilah sebenarnya pemimpin yang kita cari-cari selama ini. Baginda bertitah di Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan pada 1 Ogos 2006. Ini titahnya:
"Beta suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin belia khasnya dan juga semua yang hadir, bahawa golongan belia, terutama belia remaja adalah sentiasa terdedah kepada eksploitasi pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Ada belia-belia yang digunakan untuk melariskan pelbagai produk hiburan dan ?costume? yang tidak serasi dengan adat resam bangsa. Mengapakah belia menjadi sasaran? Kerana sifat-sifat mereka yang memang menarik, di samping juga faktor kejiwaan, di mana mereka mudah terpengaruh kepada perkara-perkara hangat dan baru.
"Kesempatan inilah yang sering diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan itu tanpa mempedulikan, sama ada baik ataupun buruk. Eksploitasi terhadap kelemahan-kelemahan belia seumpama ini wajarlah jangan dibiarkan, tetapi perlu diambil perhatian serius serta ditangani oleh kita semua, khasnya para pemimpin belia sendiri. Program-program menyuntik kesedaran perlulah disusun, termasuk juga untuk para ibu bapa dan masyarakat sebelum ianya menjadi isu sosial yang kronik."
Siaran televisyen dari negara jiran yang bersaudara dengan nagara kita juga banyak mempengaruhi siasah serta jati diri anak bangsa kita kerana kebanyakkan siaran yang disiarkan adalah berbentuk hiburan yang amat-amat melalaikan serta merosakan iman kita selaku umat islam,,�
Beta juga mengizinkan serta amat mengalakkan para ulama serta ilmuan islam dalam Negara Brunei DarulSalam ni menegur segala kepincangan yang berlaku ke atas system pemerintahan beta dan juga kepincangan serta masalah sosial di dalam masyarakat umum.. suka juga beta maklumkan di sini bahawa para ulama mempunyai kuasa penuh untuk menegur apa sahaja kemungkaran yang berlaku di dalam negara Brunei DarulSalam..
Dalam menangani masalah ini, semua pihak adalah bertanggungjawab terutamanya ibu bapa dan suami untuk menegur dan membimbing isteri dan anak-anak mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, tafsirnya:
"Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu."
Dalam kita sama-sama menikmati arus kemodenan ini, janganlah kemodenan itu disalahertikan sebagai pergaulan bebas yang melampui batas tatasusila dan hukum agama seperti cara berpakaian yang mendedahkan aurat dan sebagainya terutama di kalangan remaja dan belia. Sebaliknya kemodenan itu hendaklah digunakan untuk kebaikan dan kemudahan dalam urusan seharian kita. Hidup moden tidak semestinya bergaul bebas, hidup moden tidak semestinya mendedahkan aurat.
Akhirnya, marilah kita selaku suami atau ibu bapa membimbing isteri dan anak-anak dalam mematuhi segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan yang demikian, kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal?alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An- Nuur ayat 31, tafsirnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."�
Selaku umat islam kita harus mematuhi segala suruhan serta larangan Allah Subhanahu Wata`ala tanpa sebarang bantahan kerana kita adalah makhluk ciptaanNya.
Sumber: Isuhangat
Macam mana? Bagus tak Sultan Brunei ni? Mana korang nak cari Sultan yang bagi kuasa penuh pada ulama untuk tegur kemungkaran dalam negara apatah lagi nak tegur kepincangan sistem pemerintahan..
Pada pendapat aku, inilah Sultan yang paling bagus yang pernah aku jumpa di Nusantara ni. Negara Arab aku tak nak komen lah..
Silap-silap negara 'islam' macam kita pun tak sanggup nak bagi kuasa penuh kat ulama.
Fikirkanlah...
Labels: Islam
[ILuvislam] Teruskan Perjuangan Wahai Sahabat
Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut seorang yang mulia di dunia dan akhirat. Kata-kata di atas menyebabkan air mataku mengalir membasahi pipi tatkala merenung kembali kisah perjuangannya yang tidak mengenal erti penat dan lelah.
Perit dan sebak di dada melihat betapa kesengsaraan menimpa dirinya namun semua itu sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau untuk berjihad membebaskan tanah air tercinta daripada tentera penceroboh. Tidak mengeluh kepenatan, berundur tidak sekali!
Sedangkan kita? Hanya duduk bersimpuh, bersila di depan laptop, sudah kita mengadu kepenatan. Penat melayani karenah sahabat-sahabat baru yang berkunjung. Jenuh dengan adanya thread picisan, bosan dengan adanya thread kurang ilmiah dan meluat dengan adanya thread berulang.
Sampai disitu sajakah perjuangan kita? Kita sewajibnya bersyukur kepadaNya kerana pada masa ini, jihad kita hanyalah di depan laptop. Kita berjihad dengan selesa tanpa ada apa-apa kesukaran mahupun penderitaan. Tidak perlu bermandi darah, tidak usah menitiskan peluh walau sedikitpun. Namun, ada di antara kita sudah mula mengalah. Meskipun segala kemudahan sudah dilengkapi, gejolak nafsu kepenatan mengatasi segala-galanya.
Wajarkah kita mengadu kepenatan sedangkan kita hanya duduk di depan laptop?
Wajarkah kita berhenti berjihad hanya kerana penat melayan thread berulang, thread kurang ilmiah dan seribu satu karenah manusia lagi?
Jangan kita hanya kuat bersuara "JIHAD PALESTIN" andai jiwa kita tidak sekuat jiwa para pejuang HAMAS.
Jangan kita hanya kuat bersuara "MARI KITA SERANG ISRAEL" andai hati kita tidak setabah dan secekal As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.
Jangan kita hanya kuat bersuara "AKU RELA MATI DEMI ISLAM" andai semangat kita tidak setinggi Dr Abdul Aziz Rantissi.
Wahai sahabat-sahabatku,
Ingatlah, kita sudah disediakan dengan iLuvislam.com. Mulakan dakwah/jihad anda dari laman web ini. jangan sesekali patah ke belakang. Andai anda sudah diberi amanah, jalankan amanah anda sebaik yang mungkin. Jangan mengadu kepenatan dengan melayan thread berulang, jangan mengadu kepenatan dengan melayan thread cinta-cintun. Sama-samalah kita bimbing mereka. Baik moderator mahupun user..
Kepada sahabat user sekalian,
sama-samalah kta membantu sahabat-sahabat kita yang memerlukan sokongan dan nasihat. Bantulah juga para moderator. Jika anda tahu adanya thread berulang, bantulah moderator berikan link untuk mereka sambung. Kikislah sifat "alah, itu tugas mod" dari hati kalian.
Kepada sahabat moderator sekalian,
anda sudah diberikan mandat untuk melancarkan perjalanan forum. Pikullah amanah anda sebaik-baiknya. Jangan mudah 'dibunuh' oleh kepenatan sebaliknya anda lah yang sepatutnya 'membunuh' kepenatan tersebut. Andai ada yang ingin berhenti, fikirlah semasak-masaknya. Ketahuilah bahawa para pejuang HAMAS tidak pernah berhenti berjihad walaubagaimana penatnya mereka melayan karenah tentera haram Zionis.
Sekian sahaja bebelan dari aku, semoga mengambil iktibar darinya. Bebelan ini khas ditujukan kepada semua khususnya kepada diriku sendiri. Wassalam..
* Kata-kata pada permulaan tulisan di atas merupakan kata-kata AS Syahid Syeikh Ahmad Yassin, pengasas dan pemimpin spiritual HAMAS. Dilahirkan pada tahun 1938 dan syahid pada tahun 2004 selepas dibedil tiga butir peluru berpandu dari Helikopter Apache milik Israel.
Jasadnya yang tua dan lumpuh berkecai bertebaran di udara sejurus selepas menunaikan solat subuh di sebuah masjid. Beliau menemui Allah dalam keadaan redha dan menyerah diri kepadaNya..
Semoga Allah menempatkan kita bersama-samanya serta para syuahada di syurga kelak.. Amiin..
Labels: Iluvislam
[Politik] Luahan Hati Aku Terhadap Ulama
Aku sebenarnya nak bersara daripada mengulas pasal politik ni. Namun apakan daya, ada sesetengah berita yang 'tak enak' didengar khususnya pasal parti islam. Tak payah cakap apa dia, korang semua dah tahu kan. Tak salah untuk menegur walau islam macam manapun parti tersebut dan aku secara peribadi menerima baik teguran tersebut. Bak kata sesetengah orang- jangan lihat SIAPA yang menegur tapi lihat APA yang ditegur. Secara ringkasnya, terima sajalah apa yang ditegur. Terima dengan baik walaupun teguran tersebut datangnya dari seorang yang fasik. Kerana apa? Kerana boleh jadi dah terbit hidayah di dalam hatinya. Oleh sebab ni blog aku, aku nak luahkan segala luahan perasaan aku terhadap sesetengah 'ulama' yang sepatutnya memecahkan kekeliruan bukannya menambahkan lagi kekeliruan. Ni komen aku:
Ulama yang sebenar ialah pemecah kekeliruan dan bukannya menambahkan lagi kekeliruan. Lebih-lebih lagi dalam negara kita yang kononnya 'islam' ni. Nak buat hukuman sebat syariah pun susah. Alasan-alasan yang diberi pulak tak masuk akal belaka. Tak ada tukang sebatlah, itulah inilah. Kata negara 'islam', takkan tukang sebat syariah pun takdak. Sebab apa takdak? Sebab pucuk pimpinan negara kita masih lagi terbelenggu dengan minda 'islam hanya di masjid atau islam hanya di sejadah'.
Kalau minda macam ni, sampai bila-bila pun perjuangan islam tidak akan mencapai matlamatnya. Hanya akan dilaungkan sekuat-kuatnya dan akhirnya hanya tinggal nama saja.
Pak mufti pulak, bila masuk belah PAS, semua yang PAS buat salah. Walaupun mufti sebenarnya tidak boleh melibatkan diri dalam politik, aku cuba memandang jawatan mufti dalam skop yang lebih luas. Maksudnya aku nak tengok mufti-mufti ni bersuara lantang demi AGAMA dan bukan POLITIK.
Ini tak, bila PAS kata macam ni, laju betul pak mufti bersuara. Kononnya nak menegur tapi bila masuk belah dia, tak pulak ditegur. Contohnya kat bawah ni:
Dalam Al-Quran dah ditegaskan supaya umat islam wajib menutup aurat, tapi Rosmah tak pulak tutup aurat. Di mana suara anda wahai pak mufti?
Dalam Al-Quran ditegaskan bahawa haramnya arak dan judi. Tapi kerajaan UMNO pulak yang luluskan lesen arak dan judi. Di mana suara anda wahai mufti?
Bila PAS kata 'undi PAS masuk syurga', laju pulak pak mufti bersuara kononnya "tiada Nas yang kata undi PAS masuk syurga". Tapi bila Muhyiddin keluarkan 'fatwa' yang menyatakan 'Undi BN masuk syurga', pak mufti tersebut membisu seribu bahasa. Di mana suara anda wahai pak mufti?
Sepatutnya sebagai mufti, anda bertanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai kenyataan 'Undi PAS masuk syurga'. Janganlah cepat melatah. Tup tup keluar kenyataan "tiada nas kata undi PAS masuk syurga". Masyarakat pun keliru, TGNA kata macam ni, pak mufti kata macam tu. Kalau diperhalusi lagi kata-kata TGNA, maksud 'Undi PAS Masuk Syurga' ialah menyokong perjuangan Islam. Mengikut ceramah Ustaz Ismail Kamus, beliau kata "memang kita tak boleh jangka seseorang tu masuk syurga atau tak tapi kalau menyokong perjuangan Islam, potensi untuk masuk syurga tu ada" Kalau sokong, janganlah sokong saja. Segala suruhan Allah mesti dilaksanakan. Kalau setakat undi PAS tapi sembahyang entah ke mana, tak pergi ke mana jugak.
Dan hari ni, si Reezal Merican tu suruh ulama ambik tindakan terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Sebab apa? Sebab kononnya Nik Aziz buat kenyataan tak masuk akal.. Boleh tentukan masuk syurga neraka. Aku tak tahulah sama ada dia ni berminda 'islam di sejadah atau pun islam di masjid. Kemudian nak suruh ulama pulak ambik tindakan. Ulama mana yang ko suruh? Mufti Harussani? Atau pun Dr Mashitah yang pernah memberikan 'fatwa' mengharuskan melacur tu?
Ni kata-kata Reezal Merican yang dipetik dari UTUSAN:
“Saya tak faham kenapa ulama-ulama UMNO dan kerajaan atas nama al-Haq tak boleh cakap dan ambil tindakan terhadap Nik Aziz.
“Dia cakap benda yang tak masuk akal. Dia cakap perjuangan UMNO tak boleh bawa orang masuk syurga. Macam mana dia tahu siapa masuk syurga, siapa masuk neraka,” katanya semasa berucap menyokong ucapan dasar Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pada Persidangan Perwakilan Pemuda di sini hari ini.
Bebelan: Kenapa mesti kata Ulama UMNO? Tak boleh ke kata ulama Islam? Kalau tanya ulama UMNO, memang la mereka hentam PAS. Sebab apa? Sebab mereka UMNO. Maka aku pun nak tegur jugaklah 'ulama' UMNO ni- Atas nama Al-Haq, tegurlah pemimpin anda. Kalau anda boleh tegur PAS, kenapa tak boleh tegur UMNO? Kuman seberang sungai nampak, tapi gajah depan mata tak nampak. Inilah dia.
Ada ke TGNA kata AHLI UMNO tak boleh masuk syurga? Kalau kita teliti balik transkrip yang dikeluarkan oleh utusan, tak ada pun perkataan AHLI. Jadi dah terang lagi bersuluh, sememangnya media lah punca utama fitnah-fitnah ni terjadi. Kalau tak percaya, cuba korang search di blog aku ni, cari pasal transkrip kenyataan TGNA.
Sebagai contoh:
Seorang Ustaz berkata kepada murid-muridnya "Kita umat islam wajib sembahyang, siapa tak sembahyang masuk neraka". Kebetulan pulak bapa kepada salah seorang murid ustaz ni jenis kaki tak sembahyang. Bila balik rumah anak dia ni bagitahu kat bapanya "Ayah, tadi ustaz kata siapa tak sembahyang masuk neraka". Apa lagi melenting gile la bapa budak tu. Kata bapa budak tu "Ustaz ni bukan Tuhan, nak hukum orang masuk syurga atau neraka. Ustaz ko ni sesat!"
Sama juga dengan TGNA. TGNA hanya kata kalau buat ini, masuk ini. Kalau buat itu, masuk itu. Salah ke?
Sekian sajalah bebelan aku untuk hari ni. Aku tulis semua ni bukan nak menghentam ya. Jangan salah faham pulak. Inilah hakikatnya senario yang berlaku di Malaysia. Jangan pulak lepas ni korang kata aku hentam mufti pulak.
"Biar buta mata tapi jangan buta hati"
Labels: Politikus
[Iluvislam] Thread Kurang Ilmiah-Ni Komen Aku
Semasa aku belayar di Iluvislam aku ternampak sebuah thread yang dibuka oleh seorang sahabat kita iaitu
[Aduan] Thread Kurang Ilmiah Mendominasi Forum
Aku tidak memberikan sebarang respons dalam thread tersebut dan aku hanya menjadi pemerhati dari jauh.. Tapi aku berasa terpanggil untuk memberi komen. Aku malas nak komen kat situ jadi aku komen je la kat blog aku ni.. Ni komen aku:
Iluvislam merupakan portal Islamic yang terbuka kepasa semua lapisan masyarakat tak kira tua, muda, kecik atau besar. Aku tidak melihat ‘pembukaan thread yang tidak ilmiah’ merupakan sesuatu yang besar. Kerana apa? Kerana Iluvislam terbuka kepada semua.
Dan ada jugak thread tidak ilmiah ni dibuka oleh bebudak sekolah rendah atau menengah rendah. Wajarlah kalau mereka buka thread ‘tidak ilmiah’ sebab batas pemikiran mereka lebih kebudak-budakan daripada kita. Batas pemikiran mereka tidak dapat mencapat tahap ‘ilmiah’ yang anda katakan. Entah-entah makna ‘ilmiah’ tu pu mereka tak tahu apa benda. Aku sendiri secara peribadi, belum tentu dapat setanding dengan tahap pemikiran kritis seperti Katyusha dan Leokid. Kalau semuanya nak ‘ilmiah’, sengsaralah bebudak tu nak cari makna perkataan-perkataan yang bertahap tinggi.
Kalau nak larang terus daripada bukak thread ‘tidak ilmiah’, jangan hanya fikir melalui perspektif orang dewasa macam kita. Kadangkala cuba kita fikir melalui perspektif budak-budak. Kalau semuanya nak fikir melalui perspektif orang dewasa, alamat semua thread ‘tidak ilmiah’ kena buang la.
Daripada budak-budak tu lari ke laman web yang lain, ada baiknya kita biarkan saja. Pantau la sekali sekala. Mungkin ada yang berpendapat ‘thread tidak ilmiah’ tu sesuatu yang lagho. Kalau dalam tu disebut nama Allah, adakah ia juga merupakan sesuatu yang lagho? Aku tak tahulah macam mana, mungkin aku yang salah. Mungkin ada budak-budak yang bukak ‘thread tidak ilmiah’ tetapi takkanlah mereka selama-lamanya akan berada dalam thread tersebut menunggu orang respons. Mereka pasti akan beralih ke thread yang lain (yang ilmiah sikit) ataupun membaca artikel. Sekurang-kurangnya dapat la ilmu sikit.
Mengenai thread cinta-cintun, mungkin aku sependapat dengan yang lain. Kebanjiran thread cinta-cintun memang adakalanya merimaskan aku walaupun aku bukan moderator. Sakit mata nak membacanya. Namun itulah hakikat yang kita harus terima, dalam usia meningkat remaja benda-benda sebegini wajib timbul. Wajarkah kita salahkan mereka yang hanya memerlukan sedikit respons dan bimbingan daripada kita? Cinta itu sendiri ada dalam islam.
Mungkin masalahnya ialah thread berulang. Betul, aku setuju. Kalau nak ikutkan, banyak thread berulang dibukak khususnya mengenai cinta-cintun. Kami sebagai user lama pun sedikit sebanyak cuba meringankan tugas moderator dengan memberikan link untuk mereka sambung. Walaupun dah berkali-kali dinasihatkan supaya baca peraturan, tak baca-baca jugak. Inilah masalah umat Melayu kita. Tak faham-faham bahasa. Kalau aku kata tak faham bahasa, mulalah melatah. Sedangkan sendiri yang salah.
Ok back to the topic. Kemudian muncul pula golongan user baru yang bukak thread khusus untuk berkongsi masalah. Pun ada jugak yang melabelkan sebagai ‘tidak ilmiah’. Ada yang bagi alasan “boleh mintak pendapat dengan orang yang lebih dekat dengan anda”. Memang betul kita boleh mintak pendapat dari orang yang lebih dekat dengan kita namun adakalanya tabiat manusia, suka mintak pendapat dalam version yang lain. Mungkin kalau bagitau dekat ibubapa, pendapatnya lain dan kalau bagitau kat sahabat alam maya, pendapat mereka pun lain-lain. Ini namanya kepelbagaian pendapat. Tak tahulah kalau ada yang anggap ini salah. Bagi aku, ianya tidak salah. Sedikit sebanyak pendapat sahabat-sahabat kita dapat kita manfaatkan. Mungkin suatu hari nanti anda pun mengalami masalah yang sama dan pada waktu itulah baru anda menyedari betapa perlunya pendapat mereka.
Setakat itu sajalah bebelan aku pada hari ini. Nanti kalau ada masa, aku komen lagi demi kemaslahatan portal Islamic yang aku sayangi. Wassalam
Labels: Iluvislam
PKR Buat Masalah Lagi
IPOH 12 Okt. - Kira-kira 100 ahli Pergerakan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat akan keluar parti beramai-ramai selepas hilang keyakinan dengan kepimpinan mereka di peringkat negeri dan Pusat.
Tindakan itu bakal diambil sekiranya Ketua Wanita PKR Perak, Fatmawati Salim tidak meletakkan jawatannya dalam tempoh 14 hari daripada sekarang.
Ketua Penerangan Wanita PKR Cabang Ipoh Barat, Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi berkata, bagi membuktikan ketelusan tindakan itu, beliau nekad meletak jawatan dan keluar parti terlebih dahulu berkuat kuasa hari ini.
Beliau mendakwa, Fatmawati dengan sewenang-wenangnya merampas hak ahli jawatankuasa (AJK) apabila mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Oktober ini tanpa pengetahuan mereka.
''Perbuatan jahat pimpinan Wanita PKR negeri dan Pusat ini seolah-olah sengaja menyingkir kami AJK yang sah bagi tahun 2007 hingga 2010.
''Kami tidak faham kenapa perlu diadakan pemilihan sedangkan ini bukan tahun pemilihan. Ini jelas sekali tindakan diktator dan keterlaluan,'' katanya pada sidang media di sini hari ini.
Faridatul Azlina berkata, kemelut bermula selepas majoriti ahli membuat undi tidak percaya terhadap ketua mereka, A. Megaswary pada mesyuarat agung November 2008 atas sebab disiplin dan salah laku.
Jelas beliau, selepas insiden berkenaan, pimpinan di peringkat negeri langsung tidak melantik Timbalan Ketua Wanita cabang itu, Norizan Mat Soda memangku jawatan berkenaan malah secara tiba-tiba mahu mengadakan pemilihan baru.
''Bagi saya tindakan Fatmawati menganjurkan pemilihan haram itu adalah untuk menghancurkan parti dan bukannya mahu mengukuhkan parti.
''Setelah sepuluh tahun di dalam PKR, macam-macam yang telah saya alami tetapi bagi saya ini yang paling teruk sekali.
''Memang saya ikhlas letak jawatan dan keluar parti. Apa yang saya kesalkan segala pengorbanan dan titik peluh kami di cabang ini langsung tidak dihargai,'' katanya.
Mengenai perancangannya selepas ini, beliau belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.Sumber: Utusan Meloya
Nota: Yang buat masalah dalam Pakatan mesti PKR.. Tak habis-habis nak buat masalah.. Dulu yang jadi katak pun PKR..
Kalau u all nak masuk UMNO pun aku tak kisah.. Pakaian je PKR padahal jiwa UMNO.. Silakan masuk UMNO..
Labels: Ulasan Berita
Untuk Kaum Hawa
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, CUKUPLAH HANYA CINTA ALLAH memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Nota: Wahai kaum Hawa, hayatilah puisi di atas.. Tanamkan ia di dalam hati.. Jangan hanya sekadar lafaz di mulut..
Aku berlindung kepadaMu daripada godaan syaitan melalui wanita dan dunia.. Amiin..
Labels: Kaum Hawa