Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..
Ramadhan menjelma lagi.. Syukur ke hadrat Allah sekali lagi aku berkesempatan bernafas dan diberi peluang untuk menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak..
Jika tarikh puasa jatuh pada 21 Ogos maka tarikh tersebut menjadi keramat kepada umat islam seluruh dunia..
Kerana apa? Kerana tarikh 21 Ogos setiap tahun dikenali sebagai Remembrance Of Al-Quds.. Selain itu juga, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga ditubuhkan pada 21 Ogos..
Ini bermakna tarikh 21 Ogos pada tahun ini mencatatkan tiga peristiwa penting dalam sejarah umat islam iaitu:
- Ramadhan bermula
- Remembrance Of Al-Quds
- OIC ditubuhkan
Apa yang aku nak tekankan disini ialah Remembrance Of Al-Quds yang diadakan bagi memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa yang dilakukan oleh seorang yahudi laknat berbangsa Australia yang bernama Dennis Michael Rohan..
Antara yang terbakar ialah mimbar Salahuddin.. Api yang marak menyala dipadamkan hanya dipadamkan oleh umat islam.. dengan izin Allah, api dapat dipadamkan..
Rohan laknat ditangkap dan dibicarakan di mahkamah.. Namun Rohan dibebaskan kerana 'gila' dan 'tidak waras' walaupun profesionnya ialah doktor perubatan! memang laknat zionis nih!
Berikutan peristiwa itu, umat islam mengecam peristiwa tersebut dan tertubuhnya OIC yang tak mampu berbuat apa-apa itu.. hanya tahu keluarkan resolusi, tapi tindakan entah ke mana.. Hampehhh betul..
Tindakan pembakaran tersebut adalah salah satu tindakan zionis untuk menghancurkan kiblat pertama umat islam tersebut selain pelbagai lagi tindakan jahanam puak-puak zionis nih..
Hari ini, umat Palestin sentiasa menjadi mangsa kekejaman zionis yang jahanam itu.. kanak-kanak dan wanita dibunuh demi mengelakkan kanak-kanak menjadi generasi pelapis perjuangan menentang zionis.. Wanita dibunuh supaya tidak melahirkan zuriat yang akan pertahankan islam..
Namun Allah itu Maha Adil.. Kadar kelahiran di Palestin meningkat mendadak.. Mana-mana umat Palestin yang gugur syahid telah digantikan oleh Allah.. Allahuakbar!!
Benarlah sabda Rasulullah saw:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Illahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”
Nota: Aku memerangi yahudi bukan kerana agamanya tetapi kerana kejahatannya.. Yang melakukan pembunuhan ialah zionis.. Bukan semua yahudi ialah zionis..
Aku malas nak ulas pasal Oh I See sebab memang ak de ape yang nak diulas.. Rasa-rasanya dah banyak resolusi yang dikeluarkan OIC nih tapi satu haram pun tak dilaksanakan...
Ramadhan, ROQ dan OIC
Posted by
Ninja Jepang
Thursday, August 20, 2009
Labels: Islam
0 comments:
Post a Comment