Pandangan JAKIM tentang SIS

Yang ni aku ambik dari seorang teman di IluvIslam.. Iqbal namanya..

Pada 16/02/2009 10:14 AM aku ada membuat pertanyaan di ruangan soal jawab jakim tentang SIS, dan pada 26/06/2009 08:16 AM JAKIM memeberi jawapan seperti dibawah.

Soalan :

Assalamualaikum..
SAya mahu minta Jakim memberi penjelasan tentang pergerakan Sister In Islam. (SIS).
Adakah Mereka itu Satu Gerakan Yang Sesat ? .

Jawapan :

Waalaikumussalam
Sisters In Islam ialah satu Gerakan Pertubuhan Dakwah yang dianggotai oleh Wanita- Wanita Islam. Pergerakan ini memperjuangkan hak-hak wanita. Walau bagaimanapun Kumpulan ini sangat bersifat liberal. Perkara yang diperjuangkan oleh kumpulan ini bertentangan dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Panel menasihatkan setiap perkara yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini perlu diteliti dan rujuk kepada para ulama’, guru-guru Agama, Pegawai masjid atau pejabat Agama yang berhampiran untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut..

PANEL SJAI KUMP 1. 22060

Sumber: Iqbal86.blogspot.com

0 comments:

Followers

Ruang Komen