Kekuatan Syaitan

Sabda Rasulullah saw :

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ (صحيح البخاري

“Sesungguhnya syaitan mengalir pada tubuh keturunan Adam pada aliran darahnya” (Shahih Bukhari)

Keterangan:

Demikianlah dahsyatnya kekuatan syaitan untuk mempengaruhi pancaindera, menundukkan telinga manusia agar tunduk pada hawa nafsu dan dosa, menundukkan penglihatan manusia agar ikut pada hawa nafsu dan dosa. Demikianlah panca indera manusia terus dimasuki oleh kekuatan syaitan sampai ke jiwanya hingga saban waktu syaitan makin berkuasa pada jiwanya, makin tertutup jiwanya dari keinginan mulia. Makin banyak sangka buruknya, makin banyak sombongnya, makin banyak menghina hamba Allah, semakin gelap keadaan itu maka semakin sempitlah terasa kehidupannya walaupun ia dalam keluasan harta, walaupun ia dalam kemudahan, walaupun ia disanjung orang. Maka ketika jiwanya merasakan kesempitan itulah ia tidak merasakan kebahagian melainkan azab. Masya Allah! Jika di dunia lagi sudah merasakan azab, bagaimana pula hal keadaan di akhirat kelak. Na’udzu billah!

Diriwayatkan pula didalam Shahih Muslim, ketika Sayyidatuna Aisyah rha diberitahu oleh Nabi SAW “Telah datang kepadamu syaitanmu”, maka berkata Sayyidatuna Aisyah ra “ya Rasulullah apakah di dalam diriku ini ada syaitan?”,“ya betul, di hatimu dan di dirimu itu ada syaitan”. Apakah di setiap manusia juga ada syaitannya? Rasul Saw menjawab “ya benar pada setiap manusia itu ada syaitan penggodanya”, lalu bagaimana dengan engkau ya Rasulullah?. Dan Rasul SAW menjawab ” Ya! pada diriku pun ada syaitannya, tapi Allah Swt sudah menundukkannya sampai syaitan itu pun menyerah”.

Demikian riwayat shahih muslim memperjelaskan lagi hadits riwayat Shahih Bukhari di atas bahawa syaitan itu mengalir di setiap aliran darah keturunan Adam.

Begitulah ‘akrabnya’ hubungan syaitan dengan diri manusia. Dicerobohi hati-hati keturunan Adam ini lalu menghembuskan nafas-nafas kesesatan pada hati manusia. Sehinggalah akhirnya hati itu tunduk dibawah kekuasaan syaitan. Apabila hati telah dikuasai, menguasai anggota lainnya adalah suatu yang mudah. Kerana hati ini adalah semacam jentera penggerak kepada anggota lainya, sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Shahih Bukhari, Sabda Nabi SAW: “Di dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Ketika gumpalan daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya, jika gumpalan daging itu buruk maka buruklah seluruh tubuhnya, ketahuilah gumpalan daging itu adalah hati”.

Berdasarkan hadith ini, syaitan mampu keluar masuk dan menyelinap ke dalam hati sanubari kita tanpa sempadan. Bahkan tidak mampu dikesan (Mungkin Uncle Seekers blh mengesan dengan kameranya -(”,)- ). Semacam kita dan syaitan tidak boleh dipisahkan. Sebab itu, sebaik manapun seseorang itu, tetap tidak mampu lari daripada khaatir (lintasan hati) yg mendorong supaya memberontak mengingkari perintah Tuhan. Malahan berapa banyak kisah-kisah mereka yang pada awalnya sangat tekun menunaikan ketaatan akhirnya tersungkur rebah dilembah kemaksiatan. Adapun kisah-kisah mereka yang dilaknat Tuhan kerana menjadi pengikut syaitan teramat banyak dan terkadang berlaku didepan mata.

Namun demikian, Allah SWT memuliakan kita didalam kehidupan ini dengan mengutuskan Nabi Muhammad SAW yang membawa petunjuk kebenaran. Bagi yang menuruti petunjuk itu, runtuhlah kekuatan syaitan ke atasnya. Maka yakinlah! Syaitan sebenarnya tidak berkemampuan untuk meruntuhkan iman manusia.

Sebesar manapun kekuatan syaitan, kekuatan Allah lebih besar menolong hamba - hambaNya. Jika Syaitan mampu menjebak manusia kepada dosa dan kemaksiatan sejauh-jauhnya, dalam sekejap saja Allah dapat hapuskan dosanya jika ia banyak bertaubat. Puluhan tahun hamba-Nya berbuat dosa dan kesalahan ternyata ia menebusnya dengan air mata taubatnya maka berguguranlah seluruh dosanya. Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW yang melalui baginda, Allah menyediakan senjata bagi umat manusia dengan sabdaannya: ” Setiap keturunan Adam itu tidak lepas dari melakukan kesalahan (maksiat), dan kesalahan itu (penyelesaiannya) adalah dengan BERTAUBAT”.

Oleh yang demikian, jika cerita-cerita mereka yang tewas kepada bujukan syaitan banyak kita dengar, jangan pula ketinggalan untuk menghayati kisah mereka yang kembali kepangkuan Tuhan. Bahkan terdapat dikalangan mereka yang diangkat darjat mereka oleh Allah SWT. Antara kisah yang masyhur ialah kisah Fudhail bin Iyadh yg dahulunya seorang perompak. Kisah Hassan Al Basri yang dahulunya seorang pemuda pemuja wanita. Malah cerita-cerita mereka yang insaf yang hidup dizaman kita ini juga wajar dijadikan pedoman.

Demikianlah apabila jiwa bercahaya dengan cahaya Allah SWT. dan untuk memperolehi jiwa yang bercahaya itu hendaklah sentiasa melazimi diri menghadiri di majlis-majlis dzikir, di majlis-majlis ilmu dan taklim atau dimana-mana tempat yang jiwa akan bercahaya dengan keagungan Nama Allah Swt maka disaat itulah terang-benderang sanubarinya, terang-benderang ruhnya dan akan terang-benderang seluruh pancainderanya dengan cahaya Allah, maka disaat itulah jiwanya berat untuk berbuat maksiat, berat untuk sangka buruk, berat untuk berbuat hal-hal yang hina diikuti seluruh pancainderanya yang juga merasa enggan berbuat dosa. Matanya, telinganya, bibirnya, kaki dan tangannya selalu berat untuk melakukan dosa. Kenapa? Kerana cahaya Allah mengungguli di dalam jiwanya.

Pandangan dari sudut sains

Bagi yang mempelajari sains...atau biologi..saraf manusia berfungsi secara electrical chemical impulse.

Dan apabila ada rangsangan..saraf kita menghantar isyarat ke otak. Dan isyarat itu akan diterjemahkan di otak manusia. Kalau isyarat tersebut berupa bunyi gendang yang diterima gelombangnya melalui cuping telinga..isyarat itu akan dihantar ke otak untuk diterjemahkan.

Kalau manusia ini selalu mendengar bunyi gendang..otaknya berkemungkinan akan mempengaruhi tangan pula..untuk bergendang kepada apa sahaja..seperti meja..dan apa saja yang boleh mengeluarkan bunyi seperti baldi..bagi mengikuti alunan gendang tersebut. Jadi tidak hairan bagi mereka yang selalu mendengar irama gendang..suka bergendang kerana itu salah satu respon yang semulajadi.

Sebenarnya rasa seronok dapat diperolehi daripada aktiviti bergendang (saya ambil bergendang sebagai contoh) ini. Rasa seronok ini berkaitan dengan hormon..antaranya adalah Endorfin yang memasuki saluran darah daripada kelenjar pituitari, juga memasuki otak dan saraf tunjang manusia.

Sebenarnya perasaan manusia dan juga kelakuan manusia dipengaruhi oleh hormon-hormon. Saya hanya bagi satu contoh sahaja..iaitu...Endorfin..sedangkan banyak lagi hormon-hormon lain yang terlibat.

Sebenarnya Syaitan juga memang menggunakan sistem tubuh kita..dalam melaksanakan misi jahat mereka. Sebagai contoh dalam melalaikan kita...syaitan menggunakan rangsangan berupa objek yang mengghairahkan..atau hiburan yang melekakan...yang akhirnya sistem tubuh kita belajar untuk menyukainya...dan apabila sudah suka..sukar pula untuk dihilangkan kesukaan itu.

Dan nafsu manusia juga bergantung kepada sistem hormon badan kita..dan yang membezakan kita dengan haiwan ialah kita mampu berfikir..untuk membezakan apa yang baik dan apa yang buruk kepada kita. Jadi akal fikiran itulah yang membezakan kita dengan haiwan..supaya nafsu kita tidak dituruti semata-mata..tanpa sebarang kekangan daripada akal.

Itulah keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada Syaitan untuk menyesatkan manusia..bergerak melalui darah..bersama-sama hormon badan kita..memasuki akal fikiran kita..dan memberikan keseronokan apabila kita melakukan perkara maksiat...walaupun otak kita tahu bahawa perkara itu salah..

Itulah sebabnya penagih dadah dan perokok sukar sekali meninggalkan perbuatan sia-sia malah merosakkan itu...kerana itulah yang disukai oleh tubuh dan nafsu manusia yang belajar menyukainya..dan didorong oleh Syaitan.

Itu sebabnya darah daripada keturunan orang yang tidak baik..boleh diwarisi ke anak cucu...kerana kod genetik sememangnya diwarisi.... Itu sebabnya darah dan daging yang terhasil daripada sumber yang haram pasti akan mempengaruhi perangai anak-anak manusia...sehingga tidak mau patuh kepada suruhan Allah.

Mungkin Syaitan lebih tahu pasal tubuh badan kita..lebih daripada manusia mengetahui tubuh kita sendiri. Itu sebabnya mereka sering berjaya mempengaruhi kita.

Wallahualam

Sumber: Isuhangat

Followers

Ruang Komen