Transkrip Statement TGNA

Cuba anda semua baca yang aku copy paste dari utusan 'kesayangan' kita nie.. Mengenai statement Tuan Guru Nik Aziz pasal 'Ahli UMNO tak masuk syurga'..

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Yang ni pulak transkrip statement TGNA yang disiarkan oleh utusan 'kesayangan' kita juga:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Sekarang anda semua bagitau aku:

Mana perkataan Islam palsu dari Palestin?

Mana perkataan 'Ahli UMNO' dalam kedua2 statement di atas? Yang duk tulis tajuk

AHLI UMNO TAK AKAN MASUK SYURGA tu apahal?

Memang penipu besar lah utusan nih!

0 comments:

Followers

Ruang Komen