Perginya Ahli-Ahli Agama


Kelmarin kita dikejutkan dengan kematian Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan nasyid Rabbani.. Allahyarham dikatakan rebah semasa menyertai program Syahadah, sebuah program terbitan RTM.. Allahyarham pengsan pada jam 10.30 pagi dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi..

Aku kata: Allahyarham kini 'pergi tak kembali'.. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham.. Al-Fatihah..



Gambar diatas ialah Syeikh Fathi Yakan.. Seorang ulama dan ahli parlimen Lubnan.. Meninggal dunia pada 13 Jun 2009.. Semasa pengkebumiannya, seluruh umat islam pelusuk dunia menziarahi beliau.. Termasuklah wakil HAMAS, Khalid Masyaal, wakil Hizbullah dan ulama-ulama Syiria.. Kematiannya dianggap sebuah kehilangan yang besar kepada umat islam di saat umat islam masih memerlukan sentuhannya..

Aku kata: Aku pernah baca buku beliau yang bertajuk "apa ertinya aku menganut islam" masa di matrix dulu.. Kini, beliau telah tiada.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-fatihah..


Gambar diatas ialah Syeikh Ahmad Deedat, hujjatul islam abad moden.. meninggla dunia pada 8 ogos 2005 setelah menderita sakit yang berpanjangan..

Aku kata: Masih adakah manusia seperti beliau? Adakah Ustaz Zakir Naik bakal menjadi hujjatul islam seperti beliau? sama-samalah kita berdoa..

Ahmad Deedat dikatakan pernah cuba dimurtadkan oleh paderi kristian semasa sakit.. namun pegangan beliau pada islam tetap utuh..

Nota: Dunia memperlihatkan kematian ahli-ahli agama.. inilah tanda akhir zaman.. wallahualam

0 comments:

Followers

Ruang Komen