Sahabat-Sahabatku



Assalamualaikum... Inilah wajah dua orang sahabat baik aku.. Gambar pertama namanya Datu Agasi dan yang kedua yang mukanya ala-ala doktor tu namanya Kasim...

Bila tiba bulan puasa, mesti aku teringat sahabat2 aku nih.. Mana taknya, dua-dua kawan baik aku lebih-lebih lagi Kasim merangkap sahabat dan roomate aku masa di Kolej Matrikulasi Labuan dulu..

Dulu masa bulan puasa, aku selalu pi bazar dengan Kasim.. Selalunya lepas solat Asar di surau Al-Irfan... Kami beli-beli lepas tu tu balik bilik... Bila tiba waktu berbuka, kami makan di lantai sama-sama... Bestnya hanya Allah yang tahu.. Terasa ukhuwwah kami semakin erat.. Bila la aku dapat makan lagi dengan Kasim nih?

Si Agasi pulak selalunya suka jemput aku dan Kasim buka puasa di bilik dia.. Aku ngan Kasim ikut je la.. Best jugak.. ramai sikit orang.. Lepas tu kami pi surau sama-sama.. Nasib baik baru-baru ni aku jumpa dia.. Dia ada function di Mimpian Jadi Resort di Tuaran.. Kursus BTN.. Ye la, orang nak gi Mesir la katakan.. Dia kata Surianah pun ade jugak.. ok la tu.. Dia pun nak gi Mesir jugak.. Memang tak lama lagi jadi macam Ayat-Ayat Cinta la minah sorang ni.. hehehe

Kadang-kadang, aku 'terkenang' jugak pada dorang ni terutamanya Kasim.. Lama dah tak jumpa dia.. Setakat berhubung melalui SMS apalah sangat.. Tu pun jarang-jarang... Aku malas nak kacau dia.. Dia busy studi beb!

Dua-dua sahabat aku nih dah masuk U... Kasim di UM, Agasi di Unimas.. Tak lama lagi pi Mesir.. Kalau kau pi Mesir, maknanya kau balik Malaysia umur kau 26 tahun la kan.. Takpa, aku doakan kau selamat pergi dan balik.. Amiin.. Tinggal aku sorang la termangu-mangu kat sini.. haih~

Buat Kasim dan Agasi,

Aku doakan hangpa semoga selamat dunia dan akhirat... Hangpalah sahabat baik aku.. Aku kenal hangpa walaupun sekejap, tapi terasa aku dah kenal hangpa lama betul.. Mungkin inilah namanya wangian ukhuwwah yang terjalin sesama kami.. All the best!

Love you!!

0 comments:

Followers

Ruang Komen