PRK Permatang Pasir

Aku secara peribadi tidak begitu yakin yang PAS akan menang dalam PRK yang bakal diadakan.. Jika melihat senario yang berlaku semalam semasa perhimpunan aman anti-ISA rata-rata rakyat marah dan mengecam tindakan pihak yang menganjurkan dan menyertai perhimpunan tersebut..

Mungkin pada pandangan satu pihak tindakan demonstrasi tersebut merupakan demo menentang kezaliman tapi bagi pihak yang lain, mungkin demo tu menyusahkan rakyat.. Tambahan lagi rakyat disajikan lagi dengan berita dan akhbar 'mereka'..

Kalau kita lihat balik semasa PRK Manek Urai, BN menang dengan majoriti yang sangat kecil sedangkan Manek Urai merupakan kubu kuat PAS..

Sama juga dengan Pematang Pasir, ia merupakan kubu kuat PAS.. Tindakan mengadakan demo (yang disifatkan oleh rakyat sebagai menyusahkan) pasti akan mengundang keraguan kepada pengundi untuk memangkah siapa semasa PRK akan datang..

Wallahualam

Followers

Ruang Komen