1- Menggunakan titisan Eye Mo di mata tidak membatalkan puasa kerana mata bukanlah ruang yang terbuka.Begitu juga dengan memakai celak tidaklah membatalkan puasa seperti fatwa Syeikh Al-Syarbasi
2- Suntikan melalui dubur membatalkan puasa kerana ia merupakan ruang terbuka
3- Suntikan melalui urat tidak membatalkan puasa. Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Lujnah Al Azhar 148, apa yang sampai ke ke dalam badan melalui bukan rogga yang terbuka tidak membatalkan puasa
4- Menggunakan ubat gigi dibolehkan tetapi afdhal ditinggalkan kerana dibimbangi rasanya sampai ke perut.. Inilah pendapat Syeikh Uthaimin.
5- Hukum menggunakan inhaler bagi pesakit asma dibolehkan kerana gas tersebut tidak sampai ke perut.. Inilah pendapat Syeikh Hushaimi dan Syeikh Ibnu JArin
6- Menggunakan oksigen buatan bagi yang terbang ke angkasa dibolehkan seperti fatwa Al-Syarbasi.
Sumber: Al-Islam
Hukum Berkaitan Puasa
Posted by
Ninja Jepang
Monday, August 24, 2009
Labels: Islam
0 comments:
Post a Comment