Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wallahualam

Aku kata:

Tanda No 1- Berapa ramai yang solat di akhir waktu? kadang-kadang tak solat langsung terkejar dek dunia

Tanda No 2- Berapa banyak filem yang dihasilkan tidak mengikut syarak? bukak sana bukak sini.. Gambar tak payah cakap la.. click search, keluarlah.. ape susah..

Tanda No 3- Aha~ yang ni memang banyak.. kat Malaysia pun ade.. Ade yang kate hukum hudud tak sesuai dijalankan di Malaysia etc.. ada jugak yang kata melacur diharuskan kalau darurat.. huhu

Tanda No 4- Yang ni tok sah cakap la.. tengok je kat Malaysia..

Tanda No 5- Bohong tu dah jadi 'amalan' umat islam masa kini..

Tanda No 6- Yang ni no komen

Tanda No 7- Fatwa dah dikeluarkan yang menyatakan letak kalungan bunga di tugu negara haram.. tapi ade 'mereka' ikut? Bak kata Nabil- Lu pikir la sendiri..

Tanda No 8- No komen

Tanda No 9- Yang ni memang normal.. Kelab gay di Malaysia berlambak..

Tanda No 10- Yang ni pun ade dibincangkan di TV

Tanda No 11- Yang ni memang berlaku cuma kit je tak tahu di mana..

Tanda No 12- Pejuang islam dianggap pengganas dan musuh dianggap kawan.. Konon-konon hubungan diplomasi..

Tanda No 13- Hah! yang ni kita tak payah bantah.. juz pergi je ke shopping complex, maka akan terdedahlah makhluk-makhluk yang berpelukan.. Ade yang kata "aku perjuangkan islam" tapi tudung tak pakai.. hampehh..

Tanda No 14- Tengok masjid di Terengganu.. rakyat terengganu kata masjid tu tak buat solat jumaat pun.. betul ke tidak, wallahualam...

Tanda No 15- Bukak mata dan lihat.. adakah kita juga tergolong dalam kelompok ni? tepuk dada tanya iman..

Tanda No 16- Sebut saja Rihanna, semua orang kenal (termasuk aku).. Berapa ramai jugak yang nak jadi macam dia? Memang sangat-sangat ramai.. Dapat dilihat daripada pakaian yang terdedah sini sana..

Tanda No 17- Aku pernah tengok tafsir Al-Quran dah berhabuk..

Tanda No 18- Yang ni aku tak tahu

Tanda No 19- Dapat dilihat di kebanyakan negara.. Pembunuhan wajib ada.. Sehari mesti ada sekali..

Tanda No 20- Dapat dilihat di Malaysia.. laungan "kami perjuangkan islam" hanyalah laungan semata-mata tapi hakikatnya islam di tapak kaki.. Bila fatwa dikeluarkan tapi tak kena pada mereka, mereka tak ikut..

Tanda No 21- Hah! Yang ni tok sah cakap la.. bukak mata an lihat.. orang sekarang sibuk-sibuk masuk audition AF, MI etc sampai budak-budak pun diajak melalak sekali di pentas..

Tanda No 22- Yang ni kena tanya TH..


0 comments:

Followers

Ruang Komen